Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tayangan perdana dunia filem 'Transformers: Rise Of The Beasts' di Marina Bay Sands

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Barisan pelakon dan kru filem 'Transformers: Rise Of The Beasts' membuat penampilan di Marina Bay Sands pada Sabtu (27 Mei) untuk tayangan perdana dunia filem yang sangat dinanti-nantikan ramai itu.
Gambar: CNA/Javier Lim
Dari kiri ke kanan: Paul Town, Steven Caple Jr., Anthony Ramos, Dominique Fishback, Tobe Nwigwe, Lorenzo Di Bonaventura dan Mark Vahradian. (Gambar: Marina Bay Sands)
Gambar: CNA/Joyee Koo
Gambar: CNA/Javier Lim
Peminat setia filem tersebut sanggup meredah hujan lebat dan menunggu berjam-jam lamanya di kawasan dekat dengan Muzium ArtScience, semata-mata untuk merebut peluang bertemu pengarah Steven Caple Jr, penerbit Lorenzo Di Bonaventura dan Mark Vahradian, serta pelakon Anthony Ramos, Dominique Fishback dan Tobe Nwigwe dengan lebih dekat.

Acara tersebut juga diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Operasi Marina Bay Sands Paul Town dan lebih 150 personaliti media tempatan.

Ia sekali gus menjadi tayangan perdana dunia pertama di Singapura dalam tempoh tiga tahun.

Dalam satu temu bual dengan Mediacorp, Encik Town berkata tayangan perdana tersebut secara tidak langsung menunjukkan keupayaan Singapura kepada dunia dan "membolehkan(Marina Bay Sands) untuk mendampingi masyarakat".
Gambar: CNA/Javier Lim
Gambar: Marina Bay Sands
Acara karpet merah itu berakhir dengan gah apabila orang ramai menyertai barisan pelakon serta krew filem tersebut untuk melancarkan pertunjukan cahaya dan piroteknik yang menakjubkan.

Pengunjung di sekitar kawasan Marina Bay disajikan dengan pertunjukkan cahaya selama tiga setengah minit, lengkap dengan paparan video yang dicipta dengan iringan muzik filem tersebut.
Gambar: Marina Bay Sands
Selepas tayangan perdana tersebut, Marina Bay Sands terus diwarnai cahaya merah dan biru yang sering dikaitkan dengan watak Optimus Prime, sehingga 11.00 malam. Pertunjukan laser menampilkan logo filem Transformers juga terpancar di bangunan sekitar Marina Bay sementara babak dari filem tersebut dipaparkan di tembok Muzium ArtScience.

Filem Transformers: Rise Of The Beasts akan ditayangkan di pawagam di seluruh dunia mulai 8 Jun. Ia mengisahkan watak Autobots bergabung dengan Maximals, untuk berlawan dengan Unicorn.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan