Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tayangan awal 'Polis Evo 3' berjaya kutip RM1.3 juta

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Polis Evo, filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures berjaya meraih kutipan bagi tayangan awal pada Rabu (24 Mei) sebanyak RM1.3 juta (S$380,000).

Kutipan itu menjadikan filem aksi komedi itu di tangga pertama di carta Top 10 GSC Malaysia bagi kutipan tertinggi pada Rabu, sekali gus mengetepi filem antarabangsa, lapor Astro Awani.

Filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof itu ditayangkan secara rasminya di pawagam seluruh Malaysia bermula Khamis (25 Mei).

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3, Raja Jastina Raja Arshad menyifatkannya sebagai satu permulaan yang baik untuk Polis Evo 3 serta kedudukannya itu membuktikan filem tempatan masih mampu menawan hati penonton selain memberi saingan sengit kepada filem antarabangsa.

"Alhamdulillah, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton Malaysia, Singapura dan Brunei yang telah menonton filem ini.

"Terima kasih juga kepada rakan penerbit Skop Productions dan TGV Pictures, barisan pelakon serta semua yang bekerja keras menjayakan Polis Evo 3," katanya dalam kenyataan pada Khamis, menurut Astro Awani.

Filem arahan Syafiq Yusof itu menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana.

Polis Evo 3 menceritakan kisah tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan buat filem ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Polis Evo 3 boleh ditonton di Singapura di pawagam Cathay Cineplexes.
Sumber : Agensi berita/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan