Taufik Batisah, Hady Mirza dan Aisyah Aziz antara artis serikan konsert ulang tahun ke-20 Reben Kuning
Antara selebriti tempatan yang akan membuat persembahan di konsert Reben Kuning 2024. (Gambar-gambar: Taufik Batisah, Hady Mirza/Instagram)
Acara itu akan menampilkan pelbagai persembahan daripada barisan selebriti seperti Taufik Batisah, Aisyah Aziz, Hady Mirza, Shazza, Benjamin Kheng dan Mark Lee.
Para penonton juga boleh menantikan persembahan muzikal oleh Beautiful Minds Charity Orchestra, Koir SMU, Alumni Pusat Persembahan Seni Reben Kuning serta bekas pesalah yang sedang menyumbang kembali kepada masyarakat.
Selepas itu, anda perlu 'like' catatan peraduan pada laman-laman media sosial Reben Kuning dan mengikuti pertubuhan itu, sama ada di TikTok, Facebook atau Instagram.
Mereka yang memberikan jawapan terbaik akan dihubungi menerusi kiriman emel.
Sebagai sebahagian daripada ulang tahunnya yang ke-20 pada tahun ini, Projek Reben Kuning mengadakan pelbagai acara termasuk satu pameran seni bergerak di merata Singapura yang menampilkan lebih 40 karya seni oleh banduan dan bekas banduan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.