Taufik Batisah cabar diri kembali berlakon selepas 7 tahun dalam drama baharu, 'Provocative'
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Setelah hampir tujuh tahun 'menyepi' daripada dunia lakonan, penyanyi tanah air, Taufik Batisah kini muncul kembali di kaca televisyen dalam drama bahasa Inggeris 'Provocative' di saluran 5 Mediacorp.
Drama itu mengisahkan 'Tess Ho', seorang bekas sosialit yang dilakonkan oleh Roz Pho, yang dibebaskan dari penjara setelah disabitkan atas kesalahan cuba membunuh suaminya, 'Pierce Sim' lakonan Jason Godfrey.
Setelah dibebaskan, Tess dipertemukan kembali dengan anak-anaknya dan kini sedang berusaha mencari kebenaran di sebalik tuduhan yang mendakwanya.
Taufik memegang watak sebagai 'Irfan' dan digandingkan dengan 'Nadrah' lakonan Adlina Adil sebagai pasangan suami isteri.
"Saya memainkan watak Irfan, seorang ejen hartanah yang menyayangi keluarganya dan akan melakukan apa sahaja untuk berjaya. Watak Irfan boleh dikatakan watak yang berlapis.
"Kadang-kala langkah yang diambilnya boleh dipersoalkan sekiranya ianya benar-benar untuk kebaikan keluarganya, atau semata-mata untuk menyara egonya," kongsi Taufik.
Taufik mengakui bahawa mengambil tugas itu selepas hampir sedekad tidak berlakon bukanlah satu perkara yang mudah.

Ini juga merupakan penampilan pertama beliau dalam drama di saluran 5 selepas hampir 20 tahun, sejak drama 'Shining Star'.
"Segalanya memang mencabar. Apa lagi apabila saya harus memainkan watak yang berlapis. Bagi saya, ini memang ‘out of my comfort zone’, tetapi saya sangat suka cabaran ini kerana ianya sesuatu yang berbeza dari apa yang pernah saya lakonkan dulu," kata Taufik.
Taufik memanfaatkan pengalamannya sebagai seorang ejen hartanah di mana beliau mengaplikasikan kemahiran dan pandangan peribadi untuk menghidupkan watak Irfan.
Baginya, setiap peluang berlakon merupakan pengalaman berharga yang memberi peluang untuk terus berkembang dan memperkasa kemahirannya.
ADLINA ADIL CUBA SELAMI DAN FAHAMI WATAK DENGAN LEBIH MENDALAM
Dalam drama itu, Adlina Adil memainkan peranan penting sebagai kawan rapat Tess, yang juga seorang doktor dalam siri tersebut.
Untuk menghidupkan watak Nadrah, Adlina perlu memahami dinamik antara Nadrah dan Tess.

"Saya perlu memahami sejarah persahabatan mereka sebelum Tess dipenjarakan - Keakraban mereka sebagai kawan rapat, bagaimana lingkungan sosial mereka dan bagaimana hukuman penjara sepuluh tahun menjejas hubungan Nadrah' dengan 'Tess'.
"Selalunya, cerita tentang sejarah dan masa lalu ini tidak ditulis secara terperinci dalam skrip, jadi perbincangan saya dengan penulis dan pengarah amat penting," kongsi Adlina.
Beliau menambah bahawa cabaran terbesar bagi wataknya dalam drama ini adalah untuk meraih kembali kepercayaan 'Tess'.
Ditanya bagaimana beliau cuba menghidupkan 'chemistry' dengan Taufik, Adlina berkongsi bahawa mereka menjalani beberapa bengkel lakonan sebelum penggambaran bermula.
"Ia (bengkel lakonan) adalah permulaan yang baik untuk mencipta 'chemistry' antara 'Nadrah' dan 'Irfan'. Saya juga pernah bekerja dengan Taufik dalam telemovie 'Gunting' sebelum ini jadi kami selesa dengan satu sama lain. Jadi ia juga sedikit sebanyak membantu kami menhidupkan watak sebagai suami isteri," kata Adlina.
Menurut kedua-dua pelakon, drama tersebut sangat berbeza dari segi mutu dan gaya penggambaran, dengan jalan cerita yang penuh debaran.
"Anda boleh nantikan drama, aksi dan banyak penipuan dalam siri ini. Terdapat begitu banyak plot yang dramatik. Jadi anda jangan terlepas menonton satu episod atau anda mungkin terlepas bahagian penting dalam cerita ini," kata Adlina.

Drama itu turut dibintangi para pelakon cilik, Daya AJ dan Nur Ariana.
Episode pertama drama itu telah mula ditayangkan di saluran 5 Mediacorp 6 Januari lalu.
Anda boleh saksikan drama 'Provocative' setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 8.30 malam.
Ia juga boleh ditonton di meWATCH dan saluran Mediacorp Drama di YouTube mulai 13 Januari 2025.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.