Taufik Batisah beri bayangan mungkin adakan konsert ulang tahun ke-20 pada Okt
Anggaran Waktu Membaca:
Taufik Batisah adalah pemenang pertama pertandingan nyanyian Singapore Idol. (Gambar Facebook/Taufik Batisah)
- Adakah pemenang Singapore Idol Taufik Batisah akhirnya akan mengadakan konsert tahun ini?
- Dalam beberapa hari kebelakangan ini, Taufik semakin kerap memberikan bayangan mengenai kemungkinan adanya konsert dengan memuat naik 'teaser' yang menunjukkan tarikh 25 Oktober dan meletakkan kapsyen "20 tahun".
- Menariknya, Taufik juga 'tag' penganjur acara 'live' yang berpangkalan di Singapore, SAH Entertainment dalam catatannya – sekali gus mengukuhkan lagi kemungkinan bahawa beliau memang akan mengadakan konsert.
- Pada tahun 2004, Taufik Batisah mencipta sejarah selepas dinobatkan sebagai Singapore Idol pertama.
SINGAPURA: Adakah pemenang Singapore Idol Taufik Batisah akhirnya akan mengadakan konsert tahun ini? Itulah yang difahamkan berikutan siri video yang dimuat naik ke akaun media sosial artis berusia 43 tahun itu dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Desas-desus tentang konsert bermula pada 9 Jun apabila Taufik memuat naik video di mana beliau melakukan aktiviti hariannya sambil menyanyikan lagu-lagu popularnya, termasuk I Dream dan Sesuatu Janji.

Di penghujung video, isteri Taufik kedengaran berkata kepadanya bahawa beliau sepatutnya mengadakan konsert. Beliau kemudian menjawab: "Jika saya mengadakan konsert, adakah anda semua akan datang?"
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, Taufik semakin kerap memberikan bayangan mengenai kemungkinan adanya konsert dengan memuat naik 'teaser' yang menunjukkan tarikh 25 Oktober dan meletakkan kapsyen "20 tahun".
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-20 kerjaya Taufik Batisah dalam industri hiburan, selepas album pertamanya dikeluarkan pada tahun 2005.

Menariknya, Taufik juga 'tag' penganjur acara 'live' yang berpangkalan di Singapore, SAH Entertainment dalam catatannya – sekali gus mengukuhkan lagi kemungkinan bahawa beliau memang akan mengadakan konsert.
Diterajui oleh penyanyi Sufi Rashid, SAH Entertainment mengendalikan semakin banyak konsert oleh artis antarabangsa di Singapura, termasuk konsert akan datang oleh Black Eyed Peas dan Daesung.
Mediacorp sudahpun menghubungi SAH Entertainment untuk mendapatkan butiran lanjut.
Pada tahun 2004, Taufik Batisah mencipta sejarah selepas dinobatkan sebagai Singapore Idol pertama. Pertandingan nyanyian perdana itu menyaksikan pemuda yang berusia 22 tahun ketika itu menewaskan finalis Sylvester Sim, dan memperoleh lebih 60 peratus undi.
Berikutan kemenangannya, Taufik terus mengeluarkan siri lagu yang berjaya, terutamanya untuk penonton berbahasa Melayu, termasuk Usah Lepaskan dan Awak Kat Mane.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Taufik juga menceburi bidang lain, termasuk membuka restoran popular Chix Hot Chicken dan menjadi ejen hartanah.
Pada Mei tahun ini, persembahannya di upacara anugerah Pesta Perdana terbaharu menjadi tular, berikutan kesukaran teknikal yang berlaku secara tiba-tiba, memaksanya untuk terus menyanyi secara a cappella. Ini membuatkan beliau dikagumi penonton dan mendapat pujian atas sikap profesionalisme beliau.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.