Skip to main content

Hiburan

Takut lumpuh, Zamani tangguh bedah tulang belakang

Setelah menanggung sakit disebabkan penyakit skoliosis iaitu tulang bekalang melengkung, penyanyi Zamani mendedahkan bahawa beliau memerlukan pembedahan segara.

Anggaran Waktu Membaca:
Takut lumpuh, Zamani tangguh bedah tulang belakang

Zamani meraih tempat ketiga dalam musim kelima Gegar Vaganza (GV5). (Gambar: @zamanislam_official/Instagram)

Diterbitkan : 19 Nov 2018 01:55PM Dikemas Kini : 19 Nov 2018 02:00PM

SHAH ALAM: Setelah menanggung sakit disebabkan penyakit skoliosis iaitu tulang bekalang melengkung, penyanyi Zamani mendedahkan bahawa beliau memerlukan pembedahan segara.

Bagaimanapun menurut laporan BH Online, Zamani berdepan dengan risiko lumpuh sekiranya beliau menjalani pembedahan tersebut. Oleh kerana bimbang kemungkinan hidup atas kerusi roda, beliau menangguhkan pembedahan yang disarankan oleh doktornya.

Zamani, 47 tahun, buat masa ini hanya bergantung kepada ubat tahan sakit.

"Sudah lama saya menderita sakit tulang belakang iaitu sejak mengikuti program pemulihan di Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih).

"Sekarang saya hanya bergantung kepada ubat tahan sakit... Ini kerana saya belum ada masa untuk menjalani pembedahan.

"Doktor sarankan saya dibedah tetapi risiko selepas itu membuatkan saya takut. Ini kerana doktor beritahu peratusan untuk saya berkerusi roda selepas dibedah sangat tinggi," kata beliau seperti dipetik oleh BH Online.

Malah, teman-teman Zamani termasuk rakan artis seperti Jamal Abdillah sering menasihatkan beliau supaya mendapat rawatan sepenuhnya.

“Abang Jamal pernah bercadang membawa saya menjalani rawatan akupuntur. Tetapi saya sibuk dengan persembahan dan komitmen dengan Gegar Vaganza (GV5).

“Tetapi sekarang, saya fikir apabila sudah sampai ke tahap mengganggu kerja, saya kena buat rawatan,” kata pemenang tempat ketiga musim kelima GV5 itu.

Zamani, bekas vokalis kumpulan Slam, berkata duit kemenangan GV5 akan dimanfaatkan untuk menjalani rawatan sakit tulang belakang.

BH Online turut menukil beliau sebagai berkata: "Insya-Allah dengan duit kemenangan ini, saya akan buat rawatan. Saya diberitahu tulang belakang saya yang sudah membengkok seperti huruf ‘S’."

Zamani meraih tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 (S$9,840) serta trofi GV5.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita