Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tabung kecemasan dilancar bantu tampung kos rawatan perubatan Nad Zainal

Anggaran Waktu Membaca:
Tabung kecemasan dilancar bantu tampung kos rawatan perubatan Nad Zainal

(Gambar: budakijat/Instagram)

KUALA LUMPUR: Satu tabung kecemasan dilancarkan bagi membantu menampung kos rawatan pelakon Nad Zainal, yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta.
Pengarah dan penerbit Shahrulezad Mohameddin berkongsi perkara itu di media sosial pada Selasa (29 Nov) malam, lapor agensi berita Malaysiakini.

“Ramai sudah maklum mengenai pelakon Nad Zainal yang masih dirawat di ICU sejak minggu lalu."

“Tabung kecemasan ini adalah inisiatif rakan-rakan serta peminat Nad Zainal bagi menampung kos rawatan perubatannya di hospital pakar untuk membantu meringankan beban keluarganya."

“Bagi yang prihatin, mari kita sama-sama berganding bahu untuk bantu,” katanya, lapor agensi berita Malaysiakini.

Pada 21 November lalu, Nad dimasukkan di ICU Hospital Ampang Puteri akibat pendarahan paru-paru dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, ibu kepada dua cahaya mata itu semakin menunjukkan perkembangan positif, malah sudah beberapa kali membuka mata.

Encik Shahrulezad turut meminta orang ramai supaya menguar-uarkan kutipan derma tersebut. Beliau juga berharap orang ramai tidak putus mendoakan agar pemilik nama lengkap Farah Nadia Zainal Abidin itu kembali pulih dan sihat seperti sediakala.

“Jangan kita lupa titipkan doa untuk Nad Zainal agar kembali pulih sepenuhnya dan jangan lupa juga untuk kongsikan post ini agar lebih ramai dapat turut membantu,” Malaysiakini menukil catatannya di Instagram.

 
Sumber : Agensi berita/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan