Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Syed Saddiq kameo dalam video muzik lagu rap Namawee tentang 'katak politik'

Anggaran Waktu Membaca:
Syed Saddiq kameo dalam video muzik lagu rap Namawee tentang 'katak politik'

Lagu rap berbilang bahasa 'Hidup Katak!' dikeluarkan Namawee menyusuli kelulusan undang-undang antilompat parti di Malaysia. (Gambar: Namewee/Instagram)

Diterbitkan : 15 Aug 2022 06:11PM Dikemas Kini : 15 Aug 2022 06:40PM
KUALA LUMPUR: Artis hip-hop dan aktivis sosiopolitik Namewee, 39 tahun, kembali dengan lagu rap terbarunya yang memberi tumpuan kepada “katak politik” negara, berikutan kelulusan undang-undang antilompat parti di Malaysia baru-baru ini, menurut laporan Malay Mail.

Muzik video yang dikeluarkan pada Jumaat (12 Ogos) turut memaparkan penampilan kameo oleh Ahli Parlimen Muar dari Perikatan Demokratik Bersatu Malaysia (Muda) Syed Saddiq Abdul Rahman.

“Katak di Malaysia akan pupus tidak lama lagi. Mari kita meratapi mereka melalui lagu ‘Katak’ ini!'," tulis Namewee, atau dikenali dengan namanya Wee Meng Chee, dalam catatan komen pada video tersebut.

Dalam catatan komen dalam bahasa Cina pula, dia menambah dengan mempersoalkan sama ada lagu ini “akan menimbulkan masalah lagi selepas dikeluarkan”.

Video muzik selama empat minit 21 saat itu juga menampilkan aksi hip-hop tempatan 5Forty2 dan The Real Masta Clan, mempersembahkan rap mereka dalam bahasa Melayu, Mandarin serta Tamil.

Ditukil daripada laporan Malay Mail, lagu terbaru Namawee kali ini menyentuh persada politik Malaysia dan secara sindir mengecam ahli politik yang diibaratkan sebagai katak politik yang menyebabkan ketidakstabilan.

Antara rujukan yang dibuat berhubung "katak politik" ialah mengenai “katak politik” yang suka “melompat sana sini”, menjanjikan kekayaan jika seseorang melakukan seperti yang mereka katakan.

Dalam video muzik itu, Namewee juga cuba melukis gambar katak politik, yang mengubah persamaan politik dan mengabaikan penghormatan kepada orang ramai yang mengundi untuk memberi mereka mandat, seperti yang dilaporkan laporan Malay Mail. 

Penampilan Syed Saddiq muncul pada penghujung muzik video di mana dia dilihat berada di sebuah restoran dan kemudian menari bersama Namewee serta tujuh lelaki lain yang berpakaian sut.

Syed Saddiq seterusnya dilihat menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu, berbaur sindiran, mengenai katak sebagai spesies yang dilindungi dan sekaligus adalah khazanah negara Malaysia.

“Mereka mempunyai IQ yang sangat tinggi dan sangat pandai melompat dengan banyak kolagen dan yang paling penting, mereka sangat kaya."

“Berada di bawah negara kita selama bertahun-tahun, katak terus mengawan tanpa henti dan membiak dalam bilangan yang semakin meningkat,” ujar Syed Saddiq sambil menjerit “Hidup katak!”
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan