Syed Saddiq bakal bertunang dengan Bella Astillah pada 28 Mac
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Hubungan yang bermula atas dasar kerja akhirnya membawa kepada fasa lebih serius apabila selebriti Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bakal mengikat tali pertunangan pada Sabtu (28 Mac).
Perkhabaran itu dikongsikan sendiri oleh Syed Saddiq menerusi catatan di media sosialnya, tanpa memperincikan butiran majlis, namun disertakan dengan video momen lamaran romantis di atas Gunung Kinabalu di Sabah.
“Saya bertanyakan (melamar), dia berkata ya. Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita. Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan.
“Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta (S$1.9 juta) untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati. Allah SWT sebaik-baik perancang,” menurut hantaran itu.
Hubungan pasangan berkenaan mula menjadi perhatian ramai selepas mereka dilihat kerap bekerjasama dalam beberapa inisiatif, sekali gus menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat sehingga mencetuskan fenomena #BASS dalam media sosial.
Gabungan dua figura daripada dunia hiburan dan politik itu bukan sahaja mencuri tumpuan, tetapi turut dilihat sebagai simbol keserasian yang boleh terjalin daripada matlamat yang sama dalam membantu masyarakat.

Sumber : Bernama/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.