Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Syatilla Melvin selamat lahirkan anak ketiga

Anggaran Waktu Membaca:
Syatilla Melvin selamat lahirkan anak ketiga

Gambar: Instagram/@shaheizy_sam

Diterbitkan : 10 May 2022 09:52AM Dikemas Kini : 10 May 2022 09:52AM

SELANGOR: Pelakon dan usahawan kosmetik, Syatilla Melvin selamat melahirkan cahaya mata ketiga di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor pada Isnin (9 Mei).

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh suaminya yang juga aktor popular Shaheizy Sam menerusi satu hantaran di lelaman Instagram beliau semalam, lapor ohmymedia.

Menurut pelakon filem Polis Evo itu, beliau meluahkan kesyukuran apabila isterinya dan bayi mereka dalam keadaan sihat selain berterima kasih kepada semua yang mendoakan.

“Alhamdulillah. Selamat melahirkan dan selamat dilahirkan.. Terima kasih atas doa-doa anda. Anda lihat macam muka bapa (dirinya) ke muka Bubu (Syatilla)?,” tulis beliau.

Bagaimanapun, Shaheizy Sam belum mendedahkan mengenai jantina dan wajah bayi berkenaan yang pasti menunggu waktu sesuai untuk diumumkan kepada semua, seperti dinukil ohmymedia.

Rata-rata rakan artis dan peminat memenuhi ruangan komen yang turut tumpang gembira serta mengucapkan tahniah atas kehadiran zuriat tersebut.

Sebelum ini, Syatilla pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali sehingga meninggalkan kesan mendalam buat dirinya agar menjadi lebih berhati-hati dalam segala aspek.

Syatilla atau nama penuhnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin berkahwin dengan Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5 tahun dan Sarima Samheizy yang kini berusia dua tahun.

Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa