Syatilla Melvin alami komplikasi placenta previa

Shaheizy Sam bersama isterinya Syatilla Melvin. (Gambar: Instagram/ Shaheizy Sam Samad)
KUALA LUMPUR: Baru berniat untuk mencuba kelahiran normal, pelakon Syatilla Melvin terpaksa menjalani pembedahan melahirkan bayi ketiga beliau, kali ini selepas disahkan mengalami masalah placenta previa atau uri yang berada di bahagian bawah.
Menurut Syatilla, beliau seakan hairan apabila mengalami pendarahan setiap kali melakukan pergerakan yang banyak atau mengangkat barang yang berat. Selepas melakukan pemeriksaan bulanan, baru beliau ketahui punca sebenar, lapor Astro AWANI menukil rencana daripada Pa&Ma
“Tadi saya pergi 'check up', doktor memberitahu saya bahawa ia adalah placenta previa. Kenapa bukan placenta proton atau preve atau perodua.
“Sebab kebelakangan ini, saya asyik alami pendarahan jika jalan banyak, angkat anak dan kelakuan kasar sedikit," kongsi beliau di Instagram.
Malah kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, kandungan ketiga ini amat berbeza berbanding dua anak beliau terdahulu, lapor Astro AWANI.
Paling ketara kata Syatilla, dia langsung tidak dapat menghasilkan kandungan untuk mempromosikan produk beliau sendiri iaitu Kekasih. Asal sahaja nampak barangannya, dia sudah mula pening-pening.
“Lain anak lain sungguh pembawakan dia. Tapi nombor tiga ini memang pelik. Dari awal memang pelik. Sampai sekarang saya tidak lalu hendak promosikan produk sendiri
Biarpun sedikit kecewa dengan perkhabaran doktor, namun Syatilla reda demi keselamatan bayi dalam kandungannya. Apa yang penting baginya adalah bayi sihat dan selamat, lapor Astro AWANI.
“Jadi untuk bayi nombor tiga ini, pastinya doktor harus belah perut saya. Baru saja rancang hendak melahirkan secara natural. Tak apalah, apa nak jadi dekat ibu sekalipun jadi lah, janji anak ibu selamat sempurna amin.
Dalam pada itu, ibu kepada Syeriv dan Syarima ini juga turut meminta pengikutnya untuk berkongsi cerita dan pengalaman mengenai placenta previa ini.
“Ya Allah, siapa lagi ada pengalaman menghadap placenta previa ini? Sila kongsikan, Tilla nak baca.”
Rata-rata pengikut beliau turut berkongsi masalah sama yang dihadapi mereka dan berkongsi tip dan amalan untuk menaikkan semula uri ke bahagian atas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.