Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Syamsul Yusuf kembali jumpa ibu bapa dan keluarga

Anggaran Waktu Membaca:
Syamsul Yusuf kembali jumpa ibu bapa dan keluarga

(Gambar: Instagram/patimah8057)

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof dilaporkan sudah kembali ke ibu dan bapanya, Yusof Haslam serta Patimah Ismail.

Gambar Syamsul dikongsi sendiri oleh Patimah menerusi catatan di akaun Instagram miliknya pada Rabu (11 Sep), lapor Astro Awani.

Syamsul dilihat bersama kedua ibu bapanya sambil mendukung anak perempuannya, Sumayyah. Turut kelihatan, bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana.

Sebelum ini, Syamsul dilaporkan tidak berhubung dengan keluarga sehingga bercerai dengan Puteri Sarah pada tahun lalu.

Konflik rumah tangga mereka dikatakan disebabkan pernikahan Syamsul secara rahsia bersama Faghirah Fatini Kazaruddin, atau Ira, di selatan Thailand.

Namun Syamsul dan Ira sah bercerai pada 5 September lalu.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan