Syamsul Yusof sambut baik cadangan Maya Karin pegang watak Mahsuri
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Agensi berita
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof menyambut baik hasrat pelakon Maya Karin untuk menterjemah watak legenda, Mahsuri ke layar perak.
Menerusi laman sosial Instagram, Syamsul berkongsi tangkap layar berita tersebut dengan kapsyen seolah-olah bersetuju dengan tawaran Maya.
“Good idea let's do it @maya_karin,” tulis Syamsul.
Sekitar minggu lalu, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke sudah lama mengidamkan watak ikonik tersebut, seperti dinukil Astro Gempak.
Malah, bintang Pontianak Harum Sundal Malam itu memetik nama Syamsul untuk mengarahkan filem tersebut selepas kejayaan filem Mat Kilau yang berjaya mengutip hampir RM100 juta (S$30 juta).

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan warganet meluahkan rasa teruja selepas melihat idea tersebut mendapat maklum balas positif, lapor Astro Gempak.
Sehingga kini, perkongsian tersebut sudah menerima hampir 15,000 tanda sokongan daripada pengikutnya.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.