Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Syamsul Yusof mengaku nikahi Ira Kazar di Thailand

Anggaran Waktu Membaca:
 Syamsul Yusof mengaku nikahi Ira Kazar di Thailand
Diterbitkan : 06 Jan 2023 09:16PM Dikemas Kini : 11 Jan 2023 09:52PM
KUALA LUMPUR: Pengarah filem kontroversi, Syamsul Yusof mengesahkan sudah menikahi pelakon Ira Kazar di Thailand.

Syamsul yang juga sutradara filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berkata, pernikahan dengan Ira berwalikan ayah mertuanya yang juga pelakon terkenal, Kazar Saisi, seperti dinukil daripada Astro AWNAI,

Pernikahan itu juga, ujar Syamsul, sudah didaftarkan dengan pihak berkuasa di Malaysia.

Karyawan filem berusia 39 tahun itu berkongsi berita berkenaan menerusi satu video yang dimuat naik ke akaun Instagramnya, pada Jumaat (6 Jan).

"Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, satu hari nanti saya akan letakkan noktah terhadap isu yang membelenggu rumah tangga saya.

"Saya sudah bernikah dengan Ira berwalikan ayahnya sendiri, di Thailand. Ada sebab saya bernikah di sini, untuk memudahkan beberapa urusan dan ia sudah didaftarkan," katanya sambil menjelaskan pelakon Puteri Sarah masih isterinya yang sah.

"Saya harap dia (Puteri Sarah) pulanglah ke rumah supaya kita boleh berbincang. Tak perlu hebahkan di media sosial.

"Pulanglah, bawa anak-anak sekali. Apa sahaja masalah, kita boleh bincang tanpa perlu dihebahkan atau mengaibkan saya atau sesiapa saja.

"Sudah-sudahlah ke sana ke mari tanpa izin suami. Saya masih suami, fikir-fikirkanlah," kata Syamsul dalam video berdurasi kira-kira empat minit itu.

Tambah Syamsul, dia tidak pernah berniat membelakangkan sesiapa dalam hal itu, sebaliknya mengharapkan doa yang baik daripada ibu bapa dan keluarganya, lapor Astro AWANI.

"Saya harap keputusan yang saya buat ini diberkati serta dilindungi dari fitnah dan hasad. Apa yang penting (pernikahan) ini sah di sisi syarak," katanya lagi.

Sepanjang tahun lalu, kontroversi rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah mendapat liputan meluas media tempatan.

Puteri Sarah dalam kenyataannya pernah mendedahkan Ira sebagai punca rumah tangganya dengan Syamsul bergolak, lapor Astro AWANI.

Syamsul dan Puteri Sarah yang bernikah pada 8 Mac 2014 dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 6 tahun dan Sumayyah, 4 tahun.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan