Syamsul Yusof jelas sebab sekat nombor Puteri Sarah; isteri pertama minta dilepaskan
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pengarah dan pelakon Malaysia, Syamsul Yusof, berkata beliau menyekat nombor isterinya, Puteri Sarah Liyana, kerana tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan dan hubungan antara mereka.
Syamsul, 39 tahun, dilaporkan oleh portal mStar sebagai berkata bahawa setiap kali mereka membincangkan isu rumah tangga, Puteri Sarah, atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38 tahun, akan menghamburkan kata-kata kesat yang boleh memburukkan lagi keadaan.
"Saya menyekat isteri saya kerana tidak suka bergaduh. Macam mana saya hendak berkomunikasi dengannya kerana dia sentiasa memaki hamun, 'engkau aku, engkau aku'.
"Awak sudah tiada rasa hormat. Saya tidak ada ruang untuk berbicara atau kalau tiada apa pun awak tiba-tiba WhatsApp memaki saya dan saya rasa ia memudaratkan. Sebab itu saya 'block'," kata Syamsul dalam rakaman video yang dimuat naik ke Instagramnya pada pagi Rabu (11 Jan).

Namun, Syamsul masih berhubung dengan isterinya menerusi ibu mertuanya berhubung isu nafkah dan anak-anak, menurut laporan mStar.
Awal dari itu, Puteri Sarah dilaporkan oleh media tempatan sebagai berkata beliau ingin dilepaskan oleh Syamsul, yang mengaku sudah bernikah dengan isteri keduanya, Ira Kazar, di Thailand.
"Saya harap dilepaskan. Jalan perdamaian sudah terlambat bila keadaan bagaikan tsunami seperti ini," kata Sarah berhubung hasrat suaminya yang mahu memperbaiki hubungan mereka, lapor BH Online.
"Saya bersedia dilepaskan, sudah lama saya mempertimbangkan. Jadi, saya tak mahu ambil masa lebih panjang dan muak nak menjawab persoalan setiap hari," katanya kepada BH Online.
Tambah Puteri Sarah, perasaannya kini lega apabila segala-galanya sudah terlerai.
"Kepada Syamsul, berbahagialah dengan isteri baru. Saya juga hendak membina hidup baru dan mencari kebahagiaan saya sendiri.
"Berilah peluang, saya juga hendak kebahagiaan seperti Syamsul sedang mengukir bahagia. Jadi, tolong lepaskan saya dengan baik," pintanya.
Sebelum ini, Syamsul mengakui sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah dalam temubual bersama Harian Metro.

Sumber : Agensi berita/zm
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.