Syamsul Yusof, Ira Kazar sah bercerai talak satu
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Syamsul Yusof/Instagram
KUALA SELANGOR: Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof sah bercerai talak satu dengan Ira Kazar, di Mahkamah Rendah Syariah, pada Khamis (5 Sep).
Hakim Syarie Mohd Faizal Habib membuat pengesahan cerai itu selepas berpuas hati dengan pengakuan Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29 tahun, selepas wujud pelanggaran taklik, lapor Sinar Harian.
Peguam syarie yang mewakili Syamsul, Azmi Rais berkata, mahkamah mengesahkan berlakunya pelanggaran lafaz taklik selepas Ira mengakui membuat hantaran di media sosial.
"Ira telah melanggar taklik sebanyak lima kali selepas membuat catatan di media sosial dalam keadaan rela dan tanpa paksaan bermula 14 Ogos lalu.
"Tempoh idah Ira juga bermula pada tarikh pelanggaran taklik (14 Ogos lalu)," katanya ketika ditemui, lapor agensi berita Astro Awani.
Sementara itu, peguam syarie, Muhammad Fadhil Abd Razak yang mewakili Ira berkata, mahkamah telah mendapati perceraian pasangan itu telah berlaku di luar mahkamah, dan dengan keputusan pada Khamis, kes cerai kedua-dua mereka kini selesai, menurut laporan Astro Awani.
Sebelum ini, Syamsul, 40 tahun, atau nama sebenar Mohd Syamsul Mohd Yusof memfailkan perceraian ke atas Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, 19 Ogos lalu.
Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.