Syamsul Yusof enggan ceraikan Puteri Sarah
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pengarah filem 'Mat Kilau', Syamsul Yusof enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah ketika prosiding sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah pada Selasa (7 Mac).
Peguam syarie, Rushdan Sujak yang mewakili Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39 tahun, selaku defendan berkata demikian ketika prosiding di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas dengan dihadiri peguam syarie, Akberdin Abdul Kader bagi pihak Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38 tahun, selaku plaintif.

Kemelut rumah tangga pasangan itu masih belum menemui titik noktah apabila Mahkamah Rendah Syariah pada Selasa mengarahkan kes mereka dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas, memutuskan supaya Syamsul dan Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, melantik wakil masing-masing-masing dalam JKP.
Bercakap kepada media di luar bilik bicara, Puteri Sarah tidak melihat adanya lagi harapan dalam perkahwinan mereka.
"Dia (Syamsul) kata masih ada sinar. Sedangkan saya masuk hospital baru-baru ini pun dia tak datang jengok, sinar apa?
"Saya tak tahu kenapa dia bertindak begitu. Saya terkejut sebab dia pun sudah setahun 'block' nombor saya, dan saya pun sudah setahun tak berjumpa dia. Baru hari ini kami berjumpa semula di sini.
"Lepaskan saya. Dia pun sudah kahwin lain, saya tidak marah malah saya mendoakan kebahagiaan mereka," katanya, seperti dipetik daripada laporan Sinar Harian.
Menurut laporan itu lagi, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai pada 16 Januari lalu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.