Syamsul Yusof dalam proses buat skrip filem seram terbaharu bersama Astro Shaw
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Agensi berita)
KUALA LUMPUR: Walaupun namanya hangat diperkatakan kerana isu rumah tangganya, namun perkara itu tidak menghalang pengarah, Syamsul Yusof untuk terus menghasilkan naskhah terbaik.
Terbaharu, menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Syamsul memaklumkan dia kini dalam proses membuat skrip untuk filem seram terbaharu bersama Astro Shaw.
Menurut Syamsul, itu merupakan karya keempatnya selepas Khurafat, Munafik, dan Munafik 2, lapor Astro Gempak.
Bagaimanapun, Syamsul tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai perkara itu.
Terdahulu, antara karya Syamsul yang berjaya mencatatkan sejarah sebelum ini adalah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dengan kutipan panggung RM97 juta di pawagam tahun lalu.
Filem Munafik sebelum ini berjaya meraih kutipan sebanyak RM17.04 juta (S$4.9 juta) pada 2016 manakala Munafik 2 pula mencecah sehingga RM37.78 juta (S$11 juta) pada 2018.

Sumber : Agensi berita/AA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.