Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Syamsul Yusof berdiam diri demi hurai kemelut rumah tangga

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof sedang dalam proses menyelesaikan kemelut rumah tangganya, lapor Gempak. 

Menurutnya, beliau mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana tidak mahu menyinggung mana-mana pihak. 

"Inlah kehidupan, saya pun pernah berumur belasan tahun. Saya sedar, saya pun dah umur berapa sekarang.

"Saya bukan lari ke apa, cuma saya ambil tindakan untuk berdiam diri. Itu yang terbaik kerana pihak sana dah keluarkan. 

"Saya tidak mahu bila saya cakap nanti menyinggung perasaan isteri, menyinggung perasaan mana-mana pihak," ujar Syamsul sewaktu ditemui Gempak. 

Tambah beliau: "Tapi itulah dia, kadang-kadang orang sekarang ini, netizen membuat tanggapan, minta maaf saya cakap."

"Tanpa kita sedar, kehidupan realiti ini untuk mereka menonton dan macam makan popcorn. Apa yang akan datang seterusnya? Apa episod minggu depan?

"Tapi ini kehidupan sebenar, ini adalah pilihan saya atau siapa sahaja artis yang diberi pilihan, untuk tidak memberikan komen. 

"sudah tentu akan sampai masanya saya akan beritahu. Tak akan saya nak diam sampai ke sudah. Saya tidak begitu," kata Syamsul. 

Beliau ditemui selepas siaran langsung program Meletup di Astro pada Selasa (21 Jun). 

Dalam pada itu, Syamsul turut menafikan dakwaan netizen yang mengatakan bapa kepada dua orang anak itu sudah bertunang dengan wanita bernama Ira Kazar. 

"Baru-baru ini pula, kata Syamsul dah bertunang, kat mana pula saya bertunang? Hari itu keluar saya dah kahwin pula," ujarnya.

Pada Mei lalu, muncul desas-desus mengatakan Syamsul sudah berkahwin secara senyap-senyap dengan Ira Kazar. 

Pada 21 Jun bagaimanapun, isterinya Puteri Sarah berkongsi satu tangkapan skrin yang mendakwa Syamsul sudah melangsungkan pertunangan dengan wanita tersebut. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan