Skip to main content

Iklan

error

  • Could not retrieve the oEmbed resource.

Iklan

Hiburan

Syafiq Kyle, Mimi Lana selamat bertunang

Anggaran Waktu Membaca:
Syafiq Kyle, Mimi Lana selamat bertunang

(Gambar: @syafiqkylez/Instagram)

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama berteka-teki soal hubungan yang terjalin, pelakon Mimi Lana memberi gambaran sudah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Syafiq Kyle. 

Demikian menurut laporan agensi berita mStar. 

Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 28 tahun, turut meluahkan rasa syukur, selain memuat naik gambar tangan lelaki yang menyarungkan cincin ke jari seorang wanita, disertakan dengan nama Syafiq. 

"One step closer, Insya Allah... Alhamdulillah," katanya. 

Sementara itu, menerusi ruang komen, ramai dalam kalangan peminat, termasuk rakan artis, mula mengucapkan tahniah, selain tidak sabar melihat pasangan itu disatukan sebagai suami isteri.

Terdahulu, menerusi satu temu bual media, Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31 tahun, memberitahu beliau sudah menghadiri kursus pernikahan dan sudah sedia untuk berkahwin dengan Mimi tahun ini. 

"Insya Allah dalam tahun ini juga, cuma saya tidak berani sebut tarikh tertentu kerana ia bergantung kepada urusan, komitmen kerja dan sebagainya. 

"Banyak lagi yang perlu diselesaikan kedua-dua belah pihak," jelasnya, seperti dipetik mStar.

Pasangan artis berkenaan pernah dikatakan putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama, namun hubungan mereka kembali bertaut selepas dilihat berkongsi gambar di media sosial. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan