Skip to main content

Hiburan

Suzairhe Sumari peserta kelima bersaing dalam pusingan akhir 'Berani Nyanyi?'

Pertandingan nyanyian 'Berani Nyanyi?' kini semakin tiba di penghujungnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Suzairhe Sumari peserta kelima bersaing dalam pusingan akhir 'Berani Nyanyi?'

(Gambar: Mediacorp Suria)

Diterbitkan : 23 Mar 2022 07:02PM

SINGAPURA: Pertandingan nyanyian 'Berani Nyanyi?' kini semakin tiba di penghujungnya.

Dalam pusingan 'Wildcard: Pilih Aku Please' yang ditayangkan pada Selasa (22 Mac), Suzairhe Sumari dipilih oleh juri undangan Taufik Batisah untuk mara ke pusingan akhir pertandingan.

Ini menyusuli persaingan sengit antara Suzairhe dengan Zuhairi Idris dalam pusingan ketiga Wildcard.

Dalam pusingan Wildcard, para peserta melakukan persembahan secara berkumpulan.

bn_ep_7_-_all_4_wildcard_contestants_group_performance

Hanya dua peserta yang dipilih untuk melakukan persembahan di pusingan ketiga.

Kedua-dua Suzairhe dan Zuhairi dipilih sebulat suara oleh para juri hasil prestasi mereka melakukan persembahan secara berkumpulan.

Maka itu, Iskandar Shah dan Surya Rahmanty tersingkir daripada pertandingan 'Berani Nyanyi?'.

Dalam pusingan ketiga, para juri memperkenalkan elemen kejutan dengan mengundang penyanyi kugiran O.M.A Thaqif sebagai pencabar kedua-dua peserta itu.

bn_ep_7_-_suzairhe_sumari_zuhairi_performance_with_guest_singer_thaqif_o.m.a

Ternyata, kedua-dua Suzairhe and Zuhairi tidak gentar malah berjaya menyerlahkan keupayaan vokal masing-masing untuk melantunkan lagu Kau Pun Sama oleh Syamel.

Kedua-dua peserta kemudian mendapat markah yang seri daripada para juri.

Namun, Suzairhe mara ke pusingan akhir setelah beliau menjadi pilihan juri undangan Taufik Batisah.

bn_ep_7_-_judges_applaud_the_contestant_that_got_through

Ini bermakna Salif Hardie, Cassandra Spykerman, Fir Rahman, Rizman Putra dan Suzairhe akan kembali bersaing merebut gelaran juara 'Berani Nyanyi?' dalam pusingan akhir pada 29 Mac depan.

Rancangan Berani Nyanyi? boleh ditonton di meWATCH, saluran YouTube Suria dan Mediacorp pada setiap Selasa malam pukul 8.30 malam.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita