Skip to main content

Hiburan

Super Mario kembali ke pawagam pada April 2026

Anggaran Waktu Membaca:
Super Mario kembali ke pawagam pada April 2026

Chris Pratt akan memainkan suara Mario sementara Luigi berlatarkan suara Charlie Day dalam The Super Mario Bros. Movie terbitan Nintendo. (Gambar fail: AP/Nintendo and Universal Studios)

CALIFORNIA: Super Mario Galaxy Movie bakal ditayangkan di pawagam pada April 2026, dengan Chris Pratt kembali membintangi watak Mario.

Sekuel 'Super Mario Bros.' itu akan diberi nama 'Super Mario Galaxy Movie'.

Aaron Horvath dan Michael Jelenic akan kembali mengarah sekuel itu menyusuli filem pertama.

Filem baharu itu juga akan diterbitkan oleh Universal Pictures pada 3 April 2026, menurut The Hollywood Reporter.

Filem tersebut diterbitkan oleh Chris Meledandri dari Illumination dan Shigeru Miyamoto dari Nintendo, sementara pengarah dan pakar animasinya mula melakarkan adegan bagi sekuel tersebut.

Chris Pratt akan kembali sebagai suara Mario bersama Anya Taylor-Joy (Princess Peach), Charlie Day (Luigi), Jack Black (Bowser), Keegan-Michael Key (Toad) dan Kevin Michael Richardson (Kamek).

Beberapa pelakon suara baharu dijangka akan disertakan dalam barisan pelakon itu kelak.

Sementara itu, bintang suara Bowser, Jack Black akui tidak begitu pasti sama ada beliau akan kembali dalam filem kedua itu.

Beliau memberitahu GameSpot: "Tidak semestinya Bowser akan kembali.

"Saya pernah terlibat dalam beberapa filem Kung Fu Panda, dan watak penjahat berbeza dalam setiap filem. Mereka mungkin akan melakukan perkara yang sama."

Filem Mario pertama mengatasi Frozen II sebagai filem animasi dengan kutipan terbesar pada tayangan perdananya.

Ia juga merupakan filem adaptasi permainan video dengan kutipan terbesar, mengalahkan 'Ant-Man And The Wasp: Quantumania'.
Sumber : AP/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita