Skip to main content

Hiburan

Sudah dengar lagu zikir Cinta Syurga duet Siti Nurhaliza & Khai Bahar? Ini cebisannya...

Lagu duet pertama Siti Nurhaliza dengan penyanyi Khai Bahar bakal diperdengarkan sepenuhnya secara rasmi mulai Jumaat ini (25 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Sudah dengar lagu zikir Cinta Syurga duet Siti Nurhaliza & Khai Bahar? Ini cebisannya...

(Gambar: Siti Nurhaliza/Instagram)

Diterbitkan : 21 May 2018 12:27AM Dikemas Kini : 21 May 2018 12:42AM

MALAYSIA: Lagu duet pertama Siti Nurhaliza dengan penyanyi Khai Bahar bakal diperdengarkan sepenuhnya secara rasmi mulai Jumaat ini (25 Mei).

Di laman Instagram, pengurus Siti, Rozi, semalam (19 Mei) berkongsi video singkat lagu yang bertajuk Cinta Syurga itu.

Menurut Rozi, lagu itu "dijangka boleh dilanggani di seluruh platform digital bermula 25 Mei 2018". Muzik video lagu tersebut bagaimanapun sedang dalam proses suntingan.

Beliau menambah muzik video itu bakal dimuat naik ke akaun YouTube Vevo - DatoSNurhalizaVEVO - setelah mendapat kelulusan pihak Vevo.

Tepat pada masanya, sebagai menyerikan lagi bulan Ramadan, Cinta Syurga sudahpun dihantar ke stesen-stesen radio.

"Pihak kami juga sudah menghantar lagu ini ke stesen-stesen radio dan diharapkan dapat menghiasi bulan Ramadhan ini dengan lagu irama zikir. #cintasyurga," menurut Cik Rozi.

Cinta Syurga, dendangan Siti dan penyanyi Khai Bahar itu, merupakan versi baru single terdahulu, Comel Pipi Merah dan berbentuk zikir.

Liriknya disesuaikan mengikut konsep zikir dan dipromosikan sempena bulan Ramadan ini.  

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita