Suara Juara cari bakat jadi personaliti radio Mediacorp
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Berita baik bagi anda yang menyimpan impian untuk menjadi seorang penyampai radio!
Mediacorp melancarkan Suara Juara 2023, program uji bakat mencari DJ radio.
Edisi dalam bahasa Mandarin, The Star Voice 2023 berlangsung pada Julai hingga Ogos lalu di mana wartawan audio-visual Jeff Tan dinobatkan juara. Tan kini menjadi deejay YES 933.
Pertandingan Suara Juara dihoskan oleh DJ RIA 897 Azura Goh dan Fadli Kamsani, dengan peserta perlu mengatasi pelbagai cabaran selama empat minggu.
Lima peserta kemudian dipilih dan mereka akan dibimbing oleh deejay terkemuka dari stesen radio RIA 897 dan WARNA 942.
Juara pertandingan bakal membawa pulang hadiah wang tunai S$10,000 dan peluang menjadi seorang deejay Mediacorp!
Mereka yang berminat boleh menghantar permohonan mereka ke laman mediacorp.sg/suarajuara.
Pendaftaran bermula pada 23 Jun sehingga 14 Julai.
Suara Juara 2023 bakal disiarkan September ini di mewatch, Suria dan Mediacorp Entertainment di YouTube. Untuk mendapatkan butiran lanjut, anda boleh melungsuri mediacorp.sg/suarajuara.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.