Studio Warner Bros terbakar
Anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran di sebuah studio milik Warner Bros di utara London hari ini (11 Jul). Studio itu pernah dijadikan lokasi filem ‘Harry Porter’.
LONDON: Anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran di sebuah studio milik Warner Bros di utara London hari ini (11 Jul). Studio itu pernah dijadikan lokasi filem ‘Harry Potter’.
Majlis perbandaran tempatan menyatakan, sebanyak 15 kereta bomba dikejarkan ke studio Leavesden di Hertfordshire di mana kebakaran berlaku lewat Rabu malam (10 Jul).
Menurutnya, semasa kejadian tiada penggambaran dilakukan di studio berkenaan dan tiada laporan kecederaan.
Sehingga ini tiada maklumat lanjut diperoleh daripada studio terbabit.
Penggambaran semua lapan filem Harry Potter dilakukan di Leavesden, selain filem James Bond, Fast and Furious dan Mission Impossible.
Studio tersebut ditukar daripada kilang membuat pesawat oleh pengeluar filem James Bond ‘Golden Eye’ pada 1994.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.