Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Stephen Chow sahkan khabar angin filem Kung Fu Hustle 2

Pelakon dan pengarah Stephen Chow mengesahkan bahawa sekuel bagi filem Kung Fu Hustle, yang diterbitkan pada 2004, kini dalam perancangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Stephen Chow sahkan khabar angin filem Kung Fu Hustle 2

Stephen Chow semasa tayangan filem Kung Fu Hustle pada 2005. (Gambar: Evan Agostini/AFP)

Diterbitkan : 17 Feb 2019 09:46PM Dikemas Kini : 17 Feb 2019 09:50PM

GUANGZHOU: Pelakon dan pengarah Stephen Chow mengesahkan bahawa sekuel bagi filem Kung Fu Hustle, yang diterbitkan pada 2004, kini dalam perancangan.

Dalam satu wawancara bagi mempromosikan filem baru beliau The New King of Comedy, Chow mendedahkan bahawa beliau akan mengarahkan filem Kung Fu Hustle 2 menyusuli penggambaran bagi sekuel filem The Mermaid.

Khabar angin mengenai filem Kung Fu Hustle 2 diumumkan buat pertama kali pada 2005, tetapi ia ditangguhkan akibat penggambaran filem cereka sains seperti Journey To The West dan The Mermaid.

Menjawab pertanyaan seorang peminat dari Guangzhou, Chow memberitahu bahawa "ia bukanlah benar-benar Kung Fu Hustle 2, tetapi ia serupa."

Chow, 56 tahun, menambah bahawa penggambaran itu "tidak dijalankan di sini (China), tetapi sebaliknya ia akan dilakukan di luar negara."

Chow juga berkongsi bahawa "sekuel itu akan memaparkan zaman moden dan mempunyai jalan cerita yang serupa dengan filem asal Kung Fu Hustle."

Ditanya sama ada beliau akan membintangi filem terbaru itu, Chow lontar semula soalan kepada peminatnya: "Bolehkan saya? Apakah pendapat anda?"

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan