Stacy & Akim selamat timang cahaya mata baru, dedah nama bayi
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Instagram Stacy Anam (@stacyanam)
KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti Stacy dan Akim Ahmad memilih nama Isa buat cahaya mata baru yang disambut mereka pada 6 Ogos lalu.
Berkongsi perkara itu di Instagram, Stacy meluahkan rasa syukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada peminat yang mendoakannya, seperti dinukil daripada Astro Gempak.
“Assalamualaikum Isa. Alhamdulillah syukur terima kasih ya Allah, terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan Isa dan saya serta yang memberikan ucapan,” tulisnya pada kapsyen.
Menerusi hantaran sama, Stacy turut mendedahkan sikap suami dan anak-anaknya yang begitu teruja menyambut kehadiran Isa sebagai ahli baru dalam keluarga itu, lapor Astro Gempak.
“Cahaya mata Mami (Stacy) sudah tiba dan yang paling teruja dan risau Beyshal (anak kedua).
“Tapi untung sudah besar anak-anak saya, ramailah dapat tolong Mami terutamanya dia orang punya ayah, thank you Daddy (Akim Ahmad).
“Mahu minta tolong ambil lampin pun berlumba semua haha," tambahnya.
Sementara itu, ruangan komen pelantun lagu Jahat itu dihujani ucapan selamat dan tahniah oleh beberapa rakan artis dan peminatnya, lapor Astro Gempak.
Terdahulu, berita kelahiran Isa dikongsi Akim menerusi satu hantaran gambar yang dimuat naik di Instagram sambil memperlihatkan sebahagian wajah bayi itu.
Akim dan Stacy sah menjadi suami isteri pada Februari 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Eshaal yang kini berusia lima tahun.
Pasangan itu turut mempunyai seorang anak angkat yang mesra dengan panggilan Beyya yang kini sudah memasuki usia sembilan tahun.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.