Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Squid Game mungkin akan dilanjutkan sampai musim ketiga

Anggaran Waktu Membaca:
Squid Game mungkin akan dilanjutkan sampai musim ketiga

(Gambar: Youngkyu Park/AP)

Diterbitkan : 31 Dec 2021 07:30PM Dikemas Kini : 31 Dec 2021 07:31PM

SEOUL: Drama sensasi Korea Selatan, "Squid Game" sudah mendapat lampu hijau untuk dilanjutkan ke musim kedua.

Namun baru-baru ini, pengarah siri tersebut, Hwang Dong Hyuk membayangkan siri popular Netflix itu mungkin akan dilanjutkan sehingga musim ketiga.

Ini didedahkan oleh Hwang dalam wawancaranya bersama KBS.

"Saya sekarang sedang berbincang dengan Netflix tentang musim kedua dan ketiga [Squid Game]," dedah Hwang yang sebelum ini mengendalikan Silenced yang dibintangi oleh Gong Yoo.

"Saya rasa kita akan mencapai satu persetujuan dalam masa terdekat ini," dedah Hwang selanjutnya.

Dalam wawancara tersebut, Hwang turut mendedahkan jalan cerita bagi musim kedua.

Pada hari yang sama, Netflix juga memberikan penjelasan mengenai komen Hwang.

"Benar bahawa kami sedang membincangkan tentang Squid Game, termasuk musim ketiga. Namun, belum ada keputusan muktamad," kata pihak Netflix.

Awal November lalu, Netflix secara rasmi mengumumkan bahawa Squid Game akan dilanjutkan sehingga musim kedua.

Sutradaranya, Hwang menyentuh tentang musim kedua semasa menghadiri satu acara promosi di Los Angeles, Amerika Serikat.

"Ada banyak permintaan, tekanan dan cinta untuk musim kedua. Kami tidak mempunyai pilihan," dedah Hwang ketika itu.

Awal dari itu, Hwang pernah mengatakan bahawa beliau tidak lagi berdaya untuk meneruskan musim kedua Squid Game.

"Saya tidak mempunyai rancangan untuk meneruskan musim kedua Squid Game. Memikirkannya saja sudah memenatkan," luah Hwang kepada Variety pada September lalu.

 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan