Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Spotify lancar buku audio di AS

Anggaran Waktu Membaca:
Spotify lancar buku audio di AS

Gambar: Getty Images/Gabby Jones

Diterbitkan : 21 Sep 2022 12:40PM Dikemas Kini : 21 Sep 2022 12:40PM
JAKARTA: Platform muzik dan digital Spotify melancarkan buku audio di Amerika Syarikat (AS) pada Selasa (20 Sep).

Menurut agensi berita AP hari ini (21 Sep), Spotify mengumumkan inisiatif buku audio itu selepas sekian lama menjadi khabar angin.

Fungsi buku audio itu membolehkan lebih 300,000 buku, termasuk karya-karya popular seperti "Where the Crawdads Sing" karya Delia Owens; "Becoming" karya Michelle Obama; dan "It Ends With Us" dari Colleen Hoover.

Spotify sebelum ini menawarkan buku audio secara terbatas, termasuk "Harry Potter and the Sorcerer's Stone" karya J.K. Rowling dan novel-novel lain seperti "Frankenstein" karya Mary Shelley dan "Persuasion" tulisan Jane Austen.

"Kami selalu percaya bahwa potensi audio tidak terbatas dan mengatakan untuk sementara waktu bahawa matlamat kami adalah untuk menjadi aplikasi lengkap untuk keperluan semua orang," kata Naib Presiden dan Ketua Buku Audio Global Spotify, Nir Zicherman.

"Kami mendapati pasaran buku audio belum dimanfaatkan. Buku audio hanya membentuk 6 hingga 7 peratus pasaran buku yang lebih luas dan kategorinya meningkat sebesar 20 peratus dari tahun ke tahun," katanya lagi seperti dinukil AP.

Pada awal pelancaran buku audio itu, Spotify akan menjual buku audio secara individu, bukan secara khidmat langganan, dengan harga yang "bersaing" dengan penjual lain.

"Setelah menilai pengujian dan penelitian pengguna, kami berpendapat tawaran awal terbaik akan mendorong pengguna untuk membeli buku secara pembeli individu," kata jurucakap Spotify.
Sumber : Reuters/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa