Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Spider-Man kembali ke Marvel selepas Sony, Disney meterai perjanjian baru

Setelah satu perbalahan antara Sony Pictures dan Marvel Studios yang membuat hati para peminat filem wira komik gelisah, kini semuanya nampak seperti pulih sedia kala.

Anggaran Waktu Membaca:
Spider-Man kembali ke Marvel selepas Sony, Disney meterai perjanjian baru

Tom Holland. (Gambar: tomholland2013/Instagram)

Diterbitkan : 28 Sep 2019 04:11PM Dikemas Kini : 28 Sep 2019 04:17PM

AMERIKA SYARIKAT: Setelah satu perbalahan antara Sony Pictures dan Marvel Studios yang membuat hati para peminat filem wira komik gelisah, kini semuanya nampak seperti pulih sedia kala.

Satu perjanjian baru dimeterai antara kedua-dua pihak, membolehkan watak Spider-Man untuk diteruskan dalam francais filem Marvel yang juga dikenali sebagai Marvel Cinematic Universe (MCU). Sony dan Disney kini disahkan akan menerbitkan filem Spider-Man ketiga bersama.

Awal tahun ini, Spider-Man diumumkan akan diundurkan dari MCU akibat ketidaksefahaman antara kedua-dua syarikat berhubung perjanjian kewangan. Ini bermakna presiden bersama Marvel Studios, Kevin Feige, tidak lagi akan menyelia penerbitan filem-filem Spider-Man.

Para peminat memberi reaksi penuh emosi, dengan ramai memulakan petisyen di Twitter. Malah Anthony dan Joe Russo, pasangan adik beradik yang mengarahkan filem-filem Avengers, turut bersuara tentang isu ini. Joe ketika itu dalam satu wawancara dengan Toronto Sun berkata Sony membuat "kesilapan besar" dalam keputusannya ketika itu untuk berpisah dengan Marvel.

Namun akhirnya pada Jumaat (27 Sep), Sony Pictures dan Marvel Studios menamatkan kegelisahan para peminat dengan mengumumkan penerbitan bersama filem ketiga dalam siri Spider-Man: Homecoming, yang watak utamanya akan sekali lagi dijayakan Tom Holland.

Filem tersebut bakal ditayangkan pada 2021.

"Saya teruja perjalanan Spidey dalam MCU akan diteruskan. Saya dan kami semua di Marvel Studios sangat berbesar hati dapat terus mengusahakannya bersama," kata Feige dalam satu kenyataan yang dilaporkan laman Variety.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan