Spider-Man: Far From Home masih 'melekat' di tangga pertama carta
Filem terbitan Sony, Spider-Man: Far From Home mendahului carta buat dua hujung minggu berturut-turut, membawa pulang kutipan domestik lebih baik berbanding dua filem baru Crawl oleh Paramount dan Stuber oleh Disney.
Tom Holland. (Gambar: tomholland2013/Instagram)
LOS ANGELES: Filem terbitan Sony, Spider-Man: Far From Home mendahului carta buat dua hujung minggu berturut-turut, membawa pulang kutipan domestik lebih baik berbanding dua filem baru Crawl oleh Paramount dan Stuber oleh Disney.
Filem adiwira itu mengutip lagi AS$45 juta (S$61 juta), sekaligus merangsang kutipan domestik secara keseluruhannya kepada AS$274 juta (S$372 juta). Kutipan hujung minggu lalu merosot 50 peratus berbanding hujung minggu pertamanya di pawagam, namun tetap menunjukkan prestasi lebih baik berbanding filem sebelum ini iaitu Spider-Man: Homecoming (2017).
Dengan kutipan tersebut, ini bermakna filem ke-23 Marvel Cinematic Universe itu sudah berjaya melepasi AS$800 juta di merata dunia, dengan keseluruhan kutipan tiket setakat ini mencecah AS$847 juta (S$1.15 bilion). Ia kini filem Spider-Man yang meraih kutipan paling lumayan di peringkat antarabangsa dengan hasil penjualan tiket bernilai AS$572 juta (S$776 juta).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.