Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Spekulasi timbul Neelofa berbadan dua

Kehadiran selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Jumaat (24 Sep) mencuri tumpuan ramai petugas mahkamah serta orang ramai berurusan di kompleks itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Spekulasi timbul Neelofa berbadan dua

Gambar: Facebook/Neelofa

Diterbitkan : 25 Sep 2021 12:05AM Dikemas Kini : 25 Sep 2021 12:07AM

SEREMBAN: Kehadiran selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Jumaat (24 Sep) mencuri tumpuan ramai petugas mahkamah serta orang ramai berurusan di kompleks itu.

Namun, gelagat Neelofa kerap memegang bahagian perut ketika berjalan bersama suami menimbulkan persoalan kepada mereka yang memerhatikan gelagatnya, seolah-olah ada sesuatu menarik untuk diperkatakan.

Spekulasi bekas pengacara program MeleTOP itu sedang berbadan dua sudah lama kedengaran, namun Neelofa mahupun PU Riz masih belum membuka mulut mengenainya, lapor BH Online.

Neelofa, yang berjalan sambil dipimpin PU Riz, hadir di Kompleks Mahkamah Seremban semalam bagi sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dihadapi sebelum ini, menurut laporan BH Online itu lagi.

Beliau yang berjubah kelabu tiba di pekarangan kompleks tersebut pada jam 8.40 pagi bagi sebutan semula kes pendakwaan atas pertuduhan gagal mematuhi SOP di sebuah kedai permaidani di Nilai 3, Nilai pada 2 Mei lalu.

Kes berkenaan akan disebut semula di mahkamah sama pada 21 Oktober depan, lapor BH Online.

Sumber : Agensi berita/SM/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa