SM Entertainment bakal lancar akademi latihan K-pop di SG
Girls' Generation. Super Junior. Shinee. Aespa. Kesemuanya adalah nama kumpulan K-pop yang digemari seantero dunia yang berasal dari agensi Korea Selatan SM Entertainment.
Program latihan selama 21 minggu itu akan merangkumi latihan vokal, tarian, penerbitan muzik dan banyak lagi. (Gambar: Instagram/sm.universe.official)
- SM Universe, anak syarikat SM Entertainment, yang pakar dalam program latihan berkaitan K-pop, mengumumkan pada Isnin (3 Mac) bahawa ia akan membuka sebuah kampus di Singapura pada Jun ini.
- SM Universe (Singapore) akan ditempatkan di *SCAPE dan akan menjadi akademi latihan K-pop pertama SM Entertainment di Asia Tenggara.
- Ini termasuk program intensif selama 21 minggu yang terdiri daripada latihan vokal, tarian, produksi muzik dan persembahan di pentas.
- "SM Universe tidak sabar menebarkan sayap ke Asia Tenggara dan memupuk bakat baharu," kata Jang Jae-won, Ketua Pegawai Eksekutif SM Universe.
Kesemuanya adalah nama kumpulan K-pop yang digemari seantero dunia yang berasal dari agensi Korea Selatan SM Entertainment. Dan tidak lama lagi, nama anda mungkin menyertai senarai idola itu.
SM Universe, anak syarikat SM Entertainment, yang pakar dalam program latihan berkaitan K-pop, mengumumkan pada Isnin (3 Mac) bahawa ia akan membuka sebuah kampus di Singapura pada Jun ini.
SM Universe (Singapore) akan ditempatkan di *SCAPE dan akan menjadi akademi latihan K-pop pertama SM Entertainment di Asia Tenggara.
Dalam kenyataannya, SM Universe (Singapore) menyatakan bahawa akademi itu akan menyediakan pelajar dengan "peluang pembelajaran komprehensif kelas pertama yang dibangunkan dan disampaikan oleh veteran industri K-pop".
Ini termasuk program intensif selama 21 minggu yang terdiri daripada latihan vokal, tarian, produksi muzik dan persembahan di pentas.
Untuk menamatkan program ini, para pelajar akan memulakan sesi latihan selama seminggu di kampus SM Universe di Seoul. Pelajar terbaik kemudian berpeluang menjalani uji bakat dengan agensi-agensi hiburan Korea Selatan.
Bercakap dengan CNA Lifestyle, jurucakap SM Universe (Singapore) berkata bahawa program selama 21 minggu itu akan menelan belanja kira-kira AS$10,000 (S$13,450).
"Walaupun tiada had usia ditetapkan untuk program ini, kami menjangkakan sebahagian besar pelajar berumur antara 13 dan 18 tahun," tambah jurucakap itu.
"SM Universe tidak sabar menebarkan sayap ke Asia Tenggara dan memupuk bakat baharu. Akademi ini akan menyediakan artis K-pop yang bercita-cita tinggi di rantau ini dengan pendidikan bertaraf dunia dan berfungsi sebagai batu loncatan untuk mengembangkan bakat mereka sedang mereka mengejar impian mereka untuk membuat persembahan di pentas antarabangsa," kata Jang Jae-won, Ketua Pegawai Eksekutif SM Universe.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.