Skip to main content

Hiburan

Skrip filem Star Wars milik Harrison Ford akan dilelong pada harga £10,795

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Skrip filem Star Wars yang ditinggalkan oleh pelakon Harrison Ford di apartmennya di London yang disewanya semasa penggambaran filem tersebut pada 1970-an akan dilelong pada harga 10,795 pound (S$18,301).

Ia merupakan draf untuk filem pertama Star Wars.

Tetapi pada masa itu, watak utama filem tersebut tidak diberi nama Luke Skywalker, tetapi Luke Star-killer.

Skrip oleh George Lucas, yang turut mengarahkan Star Wars, digunakan ketika Ford berada di London untuk penggambaran filem pertama saga epik itu, yang asalnya bertajuk The Adventures Of Luke Starkiller, di Elstree Studios, utara London.

Menurut rumah lelong, pihaknya menjangkakan permintaan yang tinggi dari merata dunia.
Sumber : AGENCIES/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita