Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Nurhaliza teruja bertemu Gordon Ramsay; peminat tunggu kerjasama 2 bintang ini

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Siti Nurhaliza teruja bertemu dengan salah seorang cef selebriti terbaik dunia, Gordon Ramsay dan menyifatkan pengalaman itu sebagai ‘kenangan terindah’.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Siti Nurhaliza yang hadir untuk sesi makan malam di restoran Gordon Ramsay Bar & Grill di Sunway Pyramid memaklumkan telefon bijaknya tiba-tiba ‘hang’ (bermasalah) ketika mahu bergambar dengan cef itu, lapor Astro AWANI.

“Malam yang hebat apabila dapat bertemu dengan mastercef Gordon Ramsay. Tapi sayangnya telefon bijak saya ‘hang’,” tulis Siti di kapsyen Instagramnya.

Pelantun lagu Cindai itu hadir bersama suaminya yang juga ahli perniagaan terkenal, Khalid Jiwa, lapor Astro AWANI.

Pada masa yang sama, salah seorang peminat Siti tidak menunggu lama untuk menghimpunkan gambar idolanya itu dengan memuat naik video ke TikTok di mana Siti Nurhaliza dilihat terkesima.

Rata-rata peminatnya teruja melihat idola mereka akhirnya bertemu dengan Cef Ramsay di Malaysia malah ramai di antara mereka berharap Siti muncul dalam rancangan masakannya.

Cef terbaik di dunia yang merupakan anak kelahiran Scotland itu membuat kejutan apabila datang melawat ke restorannya yang beroperasi sejak 18 Jun lalu untuk bertemu dengan para kakitangannya di Kuala Lumpur, seperti dinukil Astro AWANI.

Turut hadir di majlis makan malam itu ialah model terkenal, Amber Chia.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan