Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Nurhaliza terpaksa tunda konsert dek bertembung dengan tarikh PRU15

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Konsert A Night To Remember Bersama Siti Nurhaliza Live At Persada Johor yang sepatutnya berlangsung pada 18 dan 19 November depan dipinda ke tarikh baru.

Mengumumkan perkara itu menerusi laman Instagram (IG), Siti berkata, perubahan dibuat disebabkan 19 November adalah tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), seperti dinukil daripada BH Online.

"Alhamdulillah. Persada Johor sudah pun mengumumkan tarikh baru iaitu 16 dan 17 Disember depan.

"Mengikut tarikh asal untuk persembahan hari kedua saya jatuh kepada hari mengundi.

"Kepada peminat yang membeli tiket pada tarikh 18 dan 19 November depan boleh berhubung dengan penganjur atas perubahan tarikh baru ini," tulis Siti.

Selain Siti, konsert itu turut menampilkan penyanyi Aina Abdul dan Khai Bahar dan menyasarkan kehadiran 5,000 peminat, lapor BH Online.

Kali terakhir penyanyi 'Aku Bidadari Syurgamu' itu menjayakan konsert di Johor Bahru kira-kira sepuluh tahun lalu, lapor BH Online.

Sementara itu, menerusi halaman rasmi kelab peminat, Sitizone Official Page di Facebook (FB), pengurus Siti, Rozi Abdul Razak mengumumkan tarikh penganjuran Konsert Music Of The Soul di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 5 dan 6 November depan dikekalkan.

"Persembahan Music Of The Soul di Dewan Plenari KLCC tidak mengalami perubahan, memandangkan tarikh mengundi pada 19 November depan," katanya.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan