Siti Nurhaliza terima lamaran dendangkan lagu OST filem 'Anwar, The Untold Story'
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Mesej cinta, kesetiaan dan pengorbanan wanita cukup menyentuh perasaan penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza.
Lantas, lamaran penerbit dan pengarah filem 'Anwar: The Untold Story' untuk mendendangkan lagu runut bunyi (OST) berjudul 'Menjaga Cintamu' tidak sesekali dilepaskan.
Lagu itu ciptaan Andi Rianto, dengan lirik ditulis oleh Sekar Ayu Asmara

Lebih manis, impian Siti untuk bekerjasama dengan komposer terkenal Indonesia, Andi menerusi lagu 'Menjaga Cintamu' itu kini tercapai.
Siti berkata karya lagu OST filem 'Anwar: The Untold Story' menggambarkan kesetiaan dan pengorbanan isteri Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Saya terima tawaran menyanyikan lagu 'Menjaga Cintamu' kerana yakin dengan kekuatan lagu ini. Ia bukan hanya gambaran kesetiaan Dr Wan Azizah, tetapi secara amnya, untuk wanita yang setia mencintai pasangan.
"Saya amat tertarik dengan mesej dalam lagu ini. Saya faham lirik lagu 'Menjaga Cintamu' ini lebih kepada pengorbanan seorang isteri dan cinta yang tiada tolok bandingan.
"Secara kebetulan, saya dalam tempoh menerbitkan album baru," katanya kepada BH Online.
Tambah Siti, beliau juga sudah lama mahu bekerjasama dan menyanyikan karya ciptaan komposer hebat seberang, Andi.
"Sejujurnya, saya sudah lama menyimpan hasrat bekerjasama dan menyanyikan lagu ciptaan Andi. Jadi, peluang ini bagaikan pucuk dicita ulam mendatang dan sangat bermakna.
"Saya berterima kasih kepada Penerbit Eksekutif, Zukiflee Anwar Haque atau Zunar, dan pengarah dari Indonesia, Viva Westi, kerana memberikan kepercayaan kepada saya menyanyikan lagu 'Menjaga Cintamu'.
"Saya adalah penyanyi dan tugasan saya memang menyanyi. Pada masa sama, saya juga memiliki peminat di Indonesia.
"Saya jarang menolak menyanyikan lagu OST. Apabila wakil penerbit datang berbincang dengan pengurusan, mereka menawarkan saya untuk menyanyikan lagu ini.
"Saya juga mendapat penerangan mengenai filem 'Anwar: The Untold Story'. Proses perbincangan juga berjalan dengan lancar," katanya sepeti ditukil agensi berita BH Online.
Berkongsi pengalaman rakaman di studio, Siti berkata proses rakaman lagu 'Menjaga Cintamu' hanya sejam dan Andi sendiri menjaga vokal dan menerbitkannya.
"Ia satu pengalaman baru. Saya akui tetap gementar kerana kali pertama bekerja dengan Andi dan menyampaikan lagu ciptaan komposer hebat sepertinya.
"Saya sebenarnya berdepan cabaran menyampaikan lagu 'Menjaga Cintamu'. Ini kerana suara saya masih dalam proses pemulihan akibat kesan jangka panjang virus COVID-19.
"Namun, saya sudah berusaha sebaiknya untuk menyampaikan lagu ini dengan sebaiknya. Proses rakaman dilakukan di Cranky Music, milik komposer Aubrey Suwito, baru-baru ini," katanya.
Filem 'Anwar: The Untold Story', yang mengangkat kisah ranjau politik Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, akan menjengah pawagam seluruh Malaysia pada Mei depan.
Filem membabitkan kos sebanyak RM10 juta (S$3 juta) itu mengetengahkan kisah benar berlaku dalam sebahagian hidup PM Anwar ketika mula menggalas jawatan Menteri Kewangan dari 1991 hingga dipecat pada 1998.
Ia menampilkan pelakon Malaysia dan Indonesia seperti Farid Kamil yang memegang watak utama sebagai Anwar, Hasnul Rahmat (Dr Mahathir) dengan dibantu pelakon Indonesia seperti Acha Septriasa (Dr Wan Azizah Wan Ismail), Saskia Chadwick (Nurul Izzah), Dewi Irawan (Che Yan - ibu Anwar), Piet Pagau (Ibrahim - bapa Anwar), Felice Lovely Hidayat (Nurul Iman) dan Azzahra Annasera (Nurul Hana) dan ramai lagi.
Selain Malaysia, filem terbitan Bianglala Entertainment itu turut menjalani penggambaran di Indonesia.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.