Siti Nurhaliza tawar ganjaran RM100 sehari demi galak anak berpuasa
Anggaran Waktu Membaca:

Siti Nurhaliza bersama anaknya Siti Aafiyah. (Gambar: Instagram/ Siti Nurhaliza)
KUALA LUMPUR: Hati ibu mana yang tidak berasa bahagia apabila si anak yang masih kecil sudah mula menunjukkan minat untuk belajar menunaikan ibadah puasa.
Lebih membanggakan, mereka pilih untuk berpuasa penuh.
Begitulah perasaan penyanyi tersohor dari Malaysia, Siti Nurhaliza apabila anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid, 7 tahun meluahkan hasrat ingin berpuasa penuh sejak 1 Ramadan lalu.
Walaupun berasa kasihan, terbit perasaan bangga apabila melihat semangat Siti Aafiyah berkobar-kobar ingin berpuasa, lapor BH Online.
"Alhamdulillah, Siti Aafiyah sudah mula belajar berpuasa. Sebagai ibu, timbul juga rasa simpati apabila melihatnya berpuasa dalam tubuh yang kurus dan tulangnya pun boleh dirasa.
"Dalam hati tertanya-tanya boleh tahan ke anak ibu berpuasa seharian? Mujur kita mula berpuasa pada Ahad, dapatlah saya pantau keadaan Siti Aafiyah. Saya tanya juga sama ada boleh bertahan atau tidak?
"Rasa gembira apabila Siti Aafiyah puasa penuh pada hari pertama tanpa mengadu lapar atau 'melepek' kepenatan," katanya ditemui pada pada majlis perasmian Budaya Raya di Kuala Lumpur.
Bagi memastikan Siti Aafiyah terus bersemangat untuk berpuasa, Siti Nurhaliza menyediakan menu kegemaran anaknya itu untuk dinikmati waktu bersahur dan berbuka puasa, termasuk menjanjikan ganjaran wang jika berjaya melaksanakan ibadah puasa selama sebulan.
"Siti Aafiyah memang suka makan bijirin, Selain menu itu, saya juga sediakan nasi dan roti untuknya makan ketika sahur. Untuk berbuka puasa, saya akan tanya apa yang teringin nak makan. Biasanya, Siti Aafiyah suka makanan Barat seperti spageti Bolognese.
"Untuk menu sahur, saya akan masak sebelum masuk tidur. Jadi, keesokan paginya hanya panaskan. Selain itu, saya juga janjikan ganjaran kepada Siti Aafiyah.
"Jika puasa penuh, saya akan beri RM100 (S$30) sehari. Ayahnya pun janjikan ganjaran juga. Walaupun masih belum faham nilai wang, tapi nampaklah Siti Aafiyah seronok dan teruja nak berpuasa," kongsi Siti, seperti dinukil laporan BH Online.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.