Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Nurhaliza lebih suka anak perempuannya jadi ahli perniagaan

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Penyanyi terkenal, Siti Nurhaliza tidak sesekali menghalang minat anaknya Siti Aafiyah Khalid sekiranya permata hatinya itu memiliki bakat menyanyi sepertinya.

Namun, jika diberi pilihan, penyanyi lagu Jerat Percintaan itu lebih berharap Aafiyah menjadi ahli perniagaan atau memilih kerjaya lain di luar bidang seni.

Siti dan suaminya, Khalid Mohamad Jiwa juga seperti ibu bapa lain yang mahu anak-anaknya, Aafiyah dan Muhammad Afwa memiliki kerjaya yang terbaik, seperti dilaporkan BH Online.

Siti bimbang sekiranya Aafiyah tidak mampu berdepan cabaran dan rintangan sebagai pejuang seni kerana berasakan bukan senang menjadi seorang artis,

"Saya sudah melalui segala-galanya selama 26 tahun bergelar penyanyi. Namun, saya bersyukur dijaga oleh ahli keluarga, jadi saya diuruskan dengan baik.

"Jauh di sudut hati, sebagai ibu sudah tentu ada kerisauan Aafiyah mampu atau sebaliknya. Adakah anak saya saya akan hanyut dan sebagainya.

"Itu menjadi kerisauan ibu bapa seperti apa yang dilalui ibu bapa saya.

"Kalau suami nak Aafiyah jadi ahli perniagaan dan meneruskan legasi perniagaan kami, itu membuatkan saya lebih gembira. Bukan senang nak jadi selebriti, tidak seindah disangka, tak seburuk yang diduga," katanya kepada BH Online.

Siti ditemui pada sidang media Konsert A Night To Remember Bersama Siti Nurhaliza di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, kelmarin.

Sejak akhir ini, video memaparkan Aafiyah menyanyi sering dikongsi pengguna media sosial, sekali gus ramai beranggapan si comel berusia empat tahun itu akan mengikut jejak langkah ibunya sebagai penyanyi, lapor BH Online.

Mengulas lanjut, Siti berkata, Aafiyah mempunyai pilihan sendiri apabila besar kelak.

Katanya, apa yang penting anak sulungnya itu tahu membawa diri.

"Bakat adalah anugerah Allah. Saya pun dapat bakat saya daripada ibu saya. Tinggal sahaja, adakah itu pilihan saya atau pilihan anak saya.

"Sebagai ibu, saya kena menyokong dari segi minat dan bakat Aafiyah. Cuma, Aafiyah ada pilihan apabila dewasa.

"Sekiranya bakat Aafiyah dirasakan luar biasa, tetapi saya percaya paling penting ketahanan mental dan fizikal," katanya.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan