Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Nurhaliza lahir rasa syukur buka sekolah di Gaza; peruntukkan RM10,000 sebulan bagi keperluan sekolah

Sekolah yang diberi sempena nama kedua-dua anaknya itu, Afwa & Aafiyah, menyediakan pendidikan awal dan hafazan bagi kanak-kanak semuda empat tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
 Siti Nurhaliza lahir rasa syukur buka sekolah di Gaza; peruntukkan RM10,000 sebulan bagi keperluan sekolah

(Gambar: Siti Nurhaliza/Facebook)

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor Siti Nurhaliza menzahirkan rasa syukur apabila hasrat membuka sekoah di Gaza, Palestin kini tercapai, lapor Media Hiburan.

Impian yang sudah lama diimpikannya itu akhirnya menjadi kenyataan apabila ia direalisasikan Yayasan Nurjiwa, yang diadakan bersama suami, Khalid Mohamad Jiwa.

Menurut Media Hiburan, sekolah yang diberi sempena nama kedua-dua anaknya itu, Afwa & Aafiyah, menyediakan pendidikan awal dan hafazan bagi kanak-kanak semuda empat tahun.

“Alhamdulillah saya gembira kerana ini sudah menjadi sesuatu yang saya ingin lakukan sejak dahulu lagi.

“Seperti yang kita maklum apa yang berlaku terhadap anak-anak ini di bumi Gaza. Jadi kita nak anak-anak Gaza ini berjaya dengan pendidikan serta adab yang baik.

“Sekolah ini ditubuhkan Yayasan Nurjiwa dan ia dikendalikan oleh wakil khas kami di Gaza.

“Ini (kerja-kerja amal) juga sebagai bekalan akhirat saya dan suami,” katanya kepada Media Hiburan.

Malah Siti turut memperuntukkan sekitar RM10,000 (S$3,120) sebulan bagi menampung kos kakitangan, pengajar dan pengurusan sekolah seperti buku sekolah serta makanan.

Beliau berkata demikian di majlis sidang media showcase amal 'Music Of The Soul: An Evening With Datuk Seri Siti Nurhaliza' yang diadakan di Heritage Club, Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Showcase amal yang bakal diadakan pada 5 dan 6 November di Dewan Plenary, KLCC itu bertujuan untuk mengumpul dana Yayasan Nurjiwa, termasuk sekolah di Gaza.

Bagi showcase amal itu, Awie turut diundang untuk sama-sama menyerikan persembahan tersebut.

Ia juga pertama kali mereka bergandingan bersama.

“Saya membesar mendengar lagu Wings dan saya memang suka nyanyi lagu mereka. Pada persembahan nanti saya akan menyanyikan empat buah lagu gabungan bersama,” katanya kepada Media Hiburan.

Siti akan mempersembahkan 20 buah lagu dalam showcase yang berlangsung selama dua jam itu.

Tiket dijual bermula pada harga RM188 (S$58) sehingga RM1,188 (S$370).
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan