Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Nurhaliza kongsi pengalaman bawa 2 anaknya naik pesawat tanpa Datuk K

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor Malaysia Siti Nurhaliza berkongsi pengalaman membawa kedua-dua anaknya, Siti Aafiyah dan Mohd Afwa menaiki kapal terbang tanpa ditemani suaminya, Mohd Khalid Jiwa.

Menurut Siti Nurhaliza, beliau terpaksa reda apabila suaminya yang turut dikenali sebagai Datuk K tidak dapat ikut sekali kerana ada urusan kecemasan di saat akhir.

“Semalam kali pertama ibu bawa Afwa bercuti jauh. Ayah pula ada hal pada minit terakhir, terpaksa serta kami lambat.

“Walaupun kakak-kakak (pengasuh) ikut tapi dalam pesawat, ibu kena sorang-sorang juga menguruskan Afwa dan Aafiyah sebab duduk tempat yang lain. Ibu tawakal,” kongsinya, seperti dipetik Gempak. 

Siti berkongsi pengalaman itu di Instagram Story miliknya. Difahamkan Siti sedang bercuti di Dubai bersama keluarganya.

Menerusi hantaran berkenaan, beliau memuat naik foto bersama kedua-dua anaknya itu yang masing-masing berusia empat dan setahun.

Dalam IG Story berikutnya, Siti memberitahu anak-anaknya berada dalam keadaan baik meskipun sempat menjerit keriangan kerana terlalu teruja di dalam pesawat berkenaan, menurut laporan Gempak. 

“Alhamdulilah, Aafiyah tak kacau ibu. Tapi dia dengan Afwa bergurau, ghairah sampai jerit-jerit dalam pesawat.

“Bila dah penat main, inilah (tidur) yang paling ibu nantikan. Tapi tetaplah nak peluk anak bujang ni kuat-kuat sebab dia tidur buas,” tulisnya lagi.

Beliau turut memuat naik video anak-anaknya sedang nyenyak tidur di tempat duduk pesawat.

Siti Nurhaliza bernikah dengan Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan