Siti Nurhaliza kekal tangga pertama carta Spotify Wrapped 2025
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Biduanita Malaysia Siti Nurhaliza kekal sebagai ratu carta paling popular di Malaysia dengan penstriman tertinggi bagi artis tempatan di Spotify 2025.
Beliau mencatat sebanyak 109 juta penstriman, didengari oleh 10.5 juta pendengar di 177 negara, lapor Astro Awani.
Menerusi catatan di Instagram, Siti turut meluahkan rasa syukur serta berterima kasih kepada pasukan yang bertungkus lumus dan peminat yang sentiasa menyokong.
Dalam kategori artis Malaysia, Insomniacks berada di tempat kedua diikuti HyperAct, Naim Daniel, Ella, Ara Johari dan Noh Salleh.
Sementara itu, artis paling banyak distrim di Malaysia sekali lagi ialah Taylor Swift yang mengatasi The Weeknd, Ariana Grande dan Bruno Mars.
Selain itu, lagu tempatan paling kerap didengari tahun ini ialah Rahsia Tuhan oleh Noh Salleh.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.