Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Nurhaliza jadi tumpuan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Alam Damai

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu Malaysia, Siri Nurhaliza Taruddin, 43 tahun, selamat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Alam Damai, Cheras, sekitar pukul 10.50 pagi pada Sabtu (19 Nov).

Kehadiran penyanyi kesayangan ramai itu menarik tumpuan pengundi dan petugas di pusat undian apabila tidak mahu melepaskan berpeluang bertegur sapa dan bergambar dengan penyanyi lagu Purnama Merindu itu, lapor BH Online.

Sebelum itu, menerusi perkongsian dalam Instagram (IG) Story, ibu kepada dua cahaya mata itu menunjukkan kesesakan lalu lintas dan barisan panjang untuk masuk ke bilik mengundi.

Siti yang ditemani pengurusnya, Rozi Abdul Razak dinukil daripada BH Online sebagai berkata, sebagai rakyat Malaysia, mengundi adalah satu tanggungjawab kepada negara.

"Siapa pun yang bakal dilantik sebagai pemimpin kelak, haruslah menjalankan tanggungjawab dengan berwibawa dan amanah.

"Negara perlukan pemimpin amanah, bertanggungjawab, berwibawa dan mampu menjaga rakyat serta negara dengan baik.

"Tentunya ini menjadi harapan rakyat Malaysia dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Semoga Malaysia terus cemerlang dalam semua aspek ke hadapan," kata Siti lagi.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan