Skip to main content

Hiburan

Siti Nurhaliza imbas kenangan hamil Siti Aafiyah

Tarikh 13 Oktober 2017 membawa makna yang sungguh istimewa buat Siti Nurhaliza dan suami beliau, Khalid Mohamad Jiwa kerana pada tarikh itu tahun lalu, beliau mengumumkan berita kehamilannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza imbas kenangan hamil Siti Aafiyah

Siti Nurhaliza dan Mohamad Khalid Jiwa dikurniakan seorang anak bernama Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu. (Gambar: @ctdk/Instagram)

Diterbitkan : 17 Oct 2018 04:32PM Dikemas Kini : 17 Oct 2018 04:38PM

KUALA LUMPUR: Tarikh 13 Oktober 2017 membawa makna yang sungguh istimewa buat Siti Nurhaliza dan suami beliau, Khalid Mohamad Jiwa kerana pada tarikh itu tahun lalu, beliau mengumumkan berita kehamilannya.

Penyanyi yang mendapat jolokan nama 'Tok Ti' itu turut meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Siti Aafiyah, bakal memasuki usia tujuh bulan.

Siti mengimbau kembali detik itu menerusi Instagramnya, menurut laporan Astro Awani.

Astro Awani menukil Siti sebagai berkata: "Tahun lalu pada tarikh 13 Oktober 2017, saya membuat pengumuman kehamilan dan juga majlis doa selamat.

"Alhamdulillah, selepas setahun, Aafiyah sudah pun menjangkau usia tujuh bulan dan saya juga telah kembali bekerja. Terima kasih sekali lagi kepada yang tak pernah jemu mendoakan saya dan keluarga."

Siti juga mengongsi beberapa gambar semasa majlis doa selamat yang dihadiri ramai pengamal media.

Siti turut mengucapkan terima kasih kepada para media yang menghadiri majlis tersebut dan juga kepada orang ramai yang mendoakan anak dan keluarganya, lapor Astro Awani.

Status Siti itu menarik perhatian para netizen yang sama-sama meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar kehidupan penyanyi kesayangan ramai itu terus bahagia serta diberkati.

Siti, 39 tahun, dan Mohamad Khalid Jiwa, 59 tahun, berkahwin pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang anak, bernama Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita