Siti Nurhaliza gembira akhirnya duet dengan Awie dalam album terbaharu
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Instagram/ctdk/awieofficial)
KUALA LUMPUR: Siti Nurhaliza menzahirkan rasa teruja apabila impiannya untuk berduet bersama Awie menerusi lagu tradisional akhirnya tercapai menerusi album Sitism.
Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 44 tahun, berkata pertama kali beliau melamar penyanyi rock Malaysia itu untuk berduet bersama adalah sewaktu konsert 'Music of The Soul: An Evening' pada November tahun lalu, lapor mStar.
"Sebelum-sebelum ini kami pernah berduet dalam rancangan televisyen dan dapat bekerjasama untuk konsert saya.
"Selepas itu saya rasa Datuk Awie ada kelebihan, suaranya berlemak dan apabila dia nyanyi lagu tradisional memang kena.
"Bukan lagu rock saja... lagu tradisional pun memang sedap didengar. Saya memang nak duet lagu tradisional sebab kalau balada macam sudah banyak.
"Saya pun memang nak cari seorang penyanyi lelaki untuk berkolaborasi dalam album Sitism ini, teruslah saya menyuarakan hasrat itu dan dia bersetuju. Alhamdulillah," katanya, seperti dinukil laporan mStar.
Menurut Siti, beliau gembira apabila Awie atau Ahmad Azhar Othman, 54 tahun, turut menyukai lagu berjudul Kalau Berkasih yang merupakan karya ciptaan Glowrush, Tam Cobain dan Mike Chan.
Lebih unik lagi apabila lagu Kalau Berkasih itu sepatutnya dinyanyikan secara solo namun Siti mahu ia menjadi lagu duet.
"Saya siapkan dulu lagu-lagu solo saya dalam masa yang sama cari lagu... apabila komposer hantar lagu, ada satu lagu tradisional yang saya suka sangat.
"Ketika itu saya rasa ini memang sesuai untuk saya berduet dengan dia. Bila bagi dia dengar dia pun suka," ujarnya.
Sementera itu, Siti memberitahu sesi rakaman lagu berkenaan juga dibuat secara berasingan, yang mana ia dimulakan olehnya terlebih dahulu.
Ini kerana beliau memahami cara kerja orang lama yang perlu menghayati lagu dan lirik terlebih dahulu.
"Rakaman pun kami lakukan asing-asing... Saya yang gemuruh atau dia yang gemuruh saya tak tahu.
"Tapi saya faham apabila kita kerja dengan legenda, dia ada waktu nak hayati dahulu, tapi tak apa saya rakam dulu," kongsinya.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.