Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Nurhaliza galak kaum Hawa berbasikal; amal gaya hidup sihat

Kelunakan suara penyanyi terkenal Siti Nurhaliza dengan mudah boleh memukau sesiapa yang mendengar. Namun, adakah kemerduan suara itu tetap 'mujarab' dalam menyeru orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat?

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza galak kaum Hawa berbasikal; amal gaya hidup sihat

Siti Nurhaliza. (Gambar: ctdk/Instagram)

Diterbitkan : 29 Aug 2019 12:39AM Dikemas Kini : 29 Aug 2019 12:41AM

MALAYSIA: Kelunakan suara penyanyi terkenal Siti Nurhaliza dengan mudah boleh memukau sesiapa yang mendengar. Namun, adakah kemerduan suara itu tetap 'mujarab' dalam menyeru orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat?

Itu yang cuba dilakukan Siti, terutamanya terhadap golongan wanita, sebagai Ikon Selebriti Kayuhan Basikal.

Penyanyi itu malah mendedahkan beliau juga mempunyai lokasi kegemaran sendiri untuk melakukan kegiatan itu - iaitu di Putrajaya.

"Suasana yang cantik dan pada waktu malam, jalannya cerah kerana banyak lampu serta kebersihan yang diterapkan menjadi faktor saya memilih Putrajaya,” katanya dalam sidang media di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Putrajaya, pada Rabu (28 Ogos), seperti dilaporkan Astro Awani.

Minat Siti dalam riadah berbasikal memang sudah diketahui ramai.

Malah bulan lalu, beliau dilaporkan mengalami kecederaan ringan ketika menyertai acara lumba basikal sejauh 78 kilometer.

Pada Rabu, Siti turut mengajak orang ramai, lebih khusus lagi kaum wanita, untuk sama-sama menyertai acara Kayuhan Wanita 2019 yang akan dianjurkan pada Oktober di Putrajaya.

“Wanita boleh balik ajak suami berbasikal sebab 26 Oktober nanti acara basikal jarak 20km untuk wanita dan 30km untuk lelaki," Astro Awani melaporkan beliau sebagai berkata.

Siti menambah: "Boleh ajak suami dan isteri berkayuh demi erat kasih sayang".

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan