Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Nurhaliza dianugerahi gelaran Biduanita Negara

Penyanyi tersohor Malaysia Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza dianugerahi gelaran Biduanita Negara

Siti Nurhaliza. (Gambar: Instagram/Siti Nurhaliza)

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor Malaysia Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.

Beliau menerima anugerah itu dalam majlis penuh gilang-gemilang, Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 yang dianjurkan di Kuala Lumpur pada Rabu (13 Nov).

Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan kepada legenda muzik tanah air itu.

BIDUAN KELIMA NEGARA

Dengan anugerah tersebut, Siti Nurhaliza menjadi penyanyi kelima yang mendapat gelaran Biduan Negara.

Sebelum ini, empat orang penyanyi sahaja yang menerima gelaran tersebut.

Saloma, seorang penyanyi popular sekitar tahun 1950-an hingga awal 1980-an, merupakan penyanyi pertama yang mendapat gelaran Biduanita Negara pada tahun 1978.

Penyanyi seterusnya, Ahmad Jais, menjadi lelaki pertama menerima gelaran Biduan Negara. Beliau terkenal dengan irama pop yeh yeh pada era 60-an. Lagu paling popular beliau adalah Budi Setahun Segunung Intan.

Sharifah Aini merupakan penyanyi wanita kedua yang menerima gelaran Biduanita Negara pada 2006.

Kemudian legenda SM Salim dianugerahi gelaran Biduan Negara pada 2013.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan