Skip to main content

Hiburan

Siti Nurhaliza beri kemas kini keadaan kesihatannya susuli nahas berangkai

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza beri kemas kini keadaan kesihatannya susuli nahas berangkai

Penyanyi Malaysia Siti Nurhaliza terlibat dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan pada 16 Apr 2026. (Gambar: Instagram/ctdk)

KUALA KANGSAR: Penyanyi tersohor Malaysia, Siti Nurhaliza, 47 tahun, memberi jaminan kepada para peminat bahawa beliau "tidak mengalami sebarang kecederaan serius", menyusuli kemalangannya di Lebuhraya Maju (MEX) Malaysia.

Nahas itu berlaku pada Khamis (16 Apr) apabila Siti Nurhaliza dan rombongannya dalam perjalanan pulang ke rumah, selepas persembahan di Sepang.

Berita mengenainya tersebar melalui media sosial selepas pengguna menyiarkan gambar dan video Siti, yang kelihatan cedera, semasa beliau berdiri berhampiran lokasi kemalangan.

Kemudian pada hari itu, pengurus Siti yang dikenali sebagai Rozi Abdul Razah, menyatakan dalam Instagram Story bahawa kemalangan itu melibatkan empat kenderaan, termasuk yang dinaiki Siti.

"Kami membawanya keluar dari kenderaan dan masuk ke dalam kenderaan kami," tulis pengurus Siti.

"Kami pergi ke hospital, (Siti) mengalami lebam di kakinya. Alhamdulillah, segalanya selamat dan terima kasih atas doa semua."

Kira-kira sejam selepas Instagram Story pengurusnya, Siti menyiarkan video di laman Instagramnya di mana beliau berkongsi bahawa beliau baik-baik saja.
Siti turut mengucapkan terima kasih kepada para peminat kerana mendoakannya dan menyifatkan kemalangan itu agak mengejutkan.

"Mujurlah, saya tidak mengalami sebarang kecederaan serius," dedahnya. "Cuma kaki saya sahaja yang lebam."

Siti menambah bahawa doktor melakukan pemeriksaan X-ray, menunjukkan kakinya yang berbalut.

"Saya mungkin perlu berehat. Semoga saya cepat sembuh kerana saya ada acara," kata Siti sebelum menamatkan video itu.
 
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita