Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Nurhaliza antara bintang-bintang antarabangsa yang jayakan konsert 'Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023' di KL

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza antara bintang-bintang antarabangsa yang jayakan konsert 'Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023' di KL

(Gambar: Facebook/Siti Nurhaliza)

KUALA LUMPUR: Memukau dan terpesona! Andai ada perkataan yang dapat digambarkan, itulah yang paling sesuai diberikan selepas melihat persembahan Siti Nurhaliza menyampaikan lagu 'The Power of Love'.

Lebih istimewa lagi, lagu nyanyian asal penyanyi terkenal antarabangsa Celine Dion itu dipersembahkan oleh Siti dalam konsert 'Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023' yang berlangsung pada Isnin
(7 Ogos).

Dihadiri sekitar 3,000 penonton di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur, nyanyian Siti itu diiringi muzik yang dimainkan bersama piano oleh komposer muzik terkemuka dunia, David Foster.

Kemerduan Siti tidak hanya memukau penonton malah David sendiri kelihatan terpegun dan menghayati alunan suara penyanyi nombor satu Malaysia itu, lapor Astro Awani.

Malah disebabkan persembahan itu juga, nama Siti menjadi perbualan hangat di media sosial yang rata-ratanya menyatakan rasa bangga dan menggelarkannya sebagai Celine Dion Malaysia.

Konsert eksklusif Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023 ini anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), menampilkan David Foster bersama barisan penyanyi antarabangsa seperti Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allred, Katharine McPhee serta Siti Nurhaliza.
 
Sumber : Agensi berita/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan