Siti Nurhaliza antara 500 Muslim berpengaruh dunia 10 tahun beruntun
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: ctdk/Instagram)
KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor Malaysia Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur dan terharu apabila namanya sekali lagi disenaraikan dalam The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslims edisi 2025.
Siti, atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45 tahun, berkata penghargaan tersebut memberi motivasi kepada dirinya untuk lebih giat menyumbang kepada perkembangan dunia Islam, menurut laporan mStar.
"Alhamdulillah saya bersyukur dan terharu tersenarai dalam The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslims.
"Ini satu penghargaan yang membuatkan saya terfikir apa lagi boleh dilakukan untuk menyumbang kepada agama dan dunia Islam walaupun dalam kategori seni," katanya kepada mStar.
Siti berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert The Journey of Music yang diadakan di ibu negara pada Khamis petang.
Dalam pada itu, Siti yakin pengiktirafan tersebut turut diberikan atas komitmennya dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan menerusi Yayasan Nurjiwa.
Jelas Siti, yayasan yang dibangunkan bersama suami iaitu Khalid Jawa turut giat dalam misi kemanusiaan di Palestin.
"Saya rasa ia ada bersangkut paut dengan apa yang saya dan suami buat di Yayasan Nurjiwa.
"Kami memang bekerja keras membantu mangsa-mangsa di Palestin dan juga rakyat Malaysia yang terkesan dengan bencana alam," ujarnya.
Mengulas mengenai bantuan kepada mangsa keganasan di Gaza, Siti memberitahu yayasan sehingga kini masih meneruskan misi berbentuk pemberian makanan dan barang keperluan bagi penduduk di Carikan Gaza, menurut laporan mStar.
"Saya ada tanggungjawab di sana untuk anak-anak angkat saya. Yayasan Nurjiwa pun aktif di Palestin di mana guru-guru yang tidak dapat mengajar sukarela mengedarkan makanan setiap hari.
"Kalau tengok di Instagram macam mana kami setiap hari beri sumbangan makanan kepada rakyat Gaza," katanya.
Untuk rekod, ini adalah tahun kesepuluh Siti disenaraikan dalam The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslims bagi kategori seni dan budaya sejak 2016.
Dalam perkembangan lain, Siti bakal berkongsi pentas bersama Judika menerusi konsert The Journey of Sound yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada 14 Disember depan, lapor mStar.
Berkongsi keterujaannya, Siti menyifatkan peluang dapat disatukan dengan Judika atas satu pentas sama sebagai sebuah rezeki memandangkan dia turut mengagumi penyanyi asal Indonesia tersebut.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.